ROMANTIS
itu ialah.....apabila emak hampir tersembam kerana tersepak tunggul kayu di
tepi jalan, ayah terus marah-marah dan memaki-hamun tunggul kayu yang tidak
berhati perut itu bertalu-talu. “Udah ler tu, silap saya tak tengok jalan
elok-elok,” beritahu emak selamba. “Ye ke? Laa, kesian tunggul kayu tu dapat
sumpah seranah free,” balas ayah ‘dua lamba’.
Romantis itu ialah....apabila emak beritahu ayah
makan tengah hari lewat sikit atas sebab-sebab tertentu, “Ade le sejam dua
lagi. Boleh tunggu ke ayahnya?” tanya emak. “Bolehhh...emaknya punya pasal dua
puluh jam pun ayahnya boleh tunggu,” balas ayah sambil senyap-senyap keluar
rumah untuk mencari pelapik perut kat warung mamak. Time makan tengah hari,
emak sedar ayah makan sikit aje. “Biasalah, dah tua-tua ni makan kena control
sikit.” Ayah bohong sunat tak mau kecilkan hati emak.
Romantis itu ialah.....apabila pagi tu tiba-tiba
saja ayah ucapkan ‘Happy Birthday To You” kat emak. Surprise sungguh emak.
Yalah, dah lebih 20 tahun kahwin, inilah kali pertama ayah ucapkan happy
birthday pada emak tanpa perlu diingatkan. Anniversary yang jatuh pada bulan
lepas pun ayah yang terlebih dahulu ucapkan.” Susah nak dapat suami yang
peringat macam Abang ni”. Ucap mak mengagumi perubahan ayah. “Heh, heh, heh,”
ayah ketawa pendek sambil memuji-muji kecanggihan teknologi sekarang yang boleh
simpan banyak reminder dalam sebuah telefon bimbit.
Romantis tu ialah....apabila emak jatuh sakit,
sibuk-sibuklah ayah bawa emak pergi klinik, dapatkan ubat, pastikan emak makan
ubat ikut jadual, banyakkan minum air dan banyakkan berehat. Ayah pun lebih
kerap mengusap-ngusap kepala dan membelai-belai rambut emak sambil mengharap
emak cepat sembuh. “Sehari dua lagi sembuhlah saya. Tak usahlah risau,”kata
emak. “Macam manalah saya tidak risau,” balas ayah, “dapur kita dah beberapa
hari tak berasap dankain baju pun dah bertimbun di tepi mesin jauh itu.
Romantis itu ialah....apabila ayah buat suprise kat
emak. Beli baju sempena birthday enak yang ke-xx. Siap berkotak dan riben lagi.
Emak masuk bilik dan try. Sejurus kemudian emak keuar bilik, tersenyum dan ucap
thank you.” Mahal ni, Abang beli kat mana?” Ayah pun mencari-cari dan
menunjukkan bil yang tertulis nama gedung pakaian tersebut. Petang itu emak
senyap-senyap pergi ke kedai tersebut dan meminta baju itu ditukar ke saiz yang
lebih besar.” Kenapa tak suruh suami akak tukarkan sendiri baju ni?” tanya
jurujual. Eh jangan! Biarkan dia terus ingat saya masih lagi muat memakai baju
saiz ‘S’ seperti awal-awal perkahwinan dahulu”.
Romantis itu ialah.....apabila ayah dan emak
sama-sama mentertawakan pasangan yang bercerai tatkala usia perkahwinan belum
pun mencecah dua tahun. ‘Rumah besar, kereta menjalar, duit berjuta-juta,
tup-tup bercerai,” kata ayah. “Eleh, satu hari nanti, kita pun pasti akan ‘bercerai’
jugak ayahnya,” emak memintas kata-kata
ayah. Ayah terdiam. “Ya, ya betul tu...nanti kalau saya mati dulu, awak jangan
lahwin lain tau. Kesian saya tak dapat kahwin dengan awak kat syurga nanti,”
balas ayah.
Klik di sini untuk membeli karya Hj Bad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.