Pernah dengar nama Uwais al-Qarni? Dia
adalah sebaik-baik tabiin, penghulu para abid dan seorang wali yang zuhud dan
tinggal jauh di Yaman. Pesan Rasulullah SAW kepada Sayidina Umar dan Sayidina
Ali, “Sekiranya kamu berkesempatan bertemu Uwais, mintalah dia mohonkan
keampunan untukmu!”
Beberapa tahun berlalu dan sewaktu Sayidina Umar menjadi Khalifah,
dia sering bertanya-tanya kepada jemaah haji dari Yaman jikalau Uwais ada ikut
bersama. Orang ramai tidak tahu yang bertanya itu adalah Khalifah Umar al-Khattab.
Pada suatu musim haji, Umar berkesempatan bertemu Uwais. Dia orang
yang miskin dan buruk pakaiannya. Selepas memastikan orang di depannya
benar-benar Uwais seperti digambarkan Rasulullah SAW, Umar lantas memeluknya
erat-erat. “Mohonlah keampunan untukku, wahai Uwais!”
“Adakah tuan meminta saya memohon keampunan untukmu, wahai Amirul
Mukminin?” Tanya Uwais terkejut.
Umar berkata, “Ya.”
Apakah kehebatan Uwais sehingga namanya disebut oleh Rasulullah SAW?
Hebatkah ibadahnya? Rajin bersolat malam? Tidak tinggal puasa sunat? Tinggi
kecintaannya terhadap Rasulullah SAW? Ya
betul, tetapi yang lebih special Uwais hebat kerana dia sangat taat melayani
ibunya. Uwais sanggup mendukung ibunya yang uzur itu ke mana sahaja dia pergi. Daripada
Asbagh ibn Zaid berkata: “Sesungguhnya perkara yang menghalang Uwais dari dapat
bertemu Rasulullah SAW ialah kerana khidmatnya kepada ibunya”.
Dia
manusia luar biasa
Seringkali selepas solat Maghrib berjemaah di rumah dan selepas berdoa (saya sering berdoa dalam bahasa Melayu supaya anak-anak tahu apa yang saya doakan), saya akan bacakan sedikit takzkirah. Perihal syurga dan neraka, perihal anak cemerlang, godaan syaitan, adab-adab, kisah-kisah para sahabat dan apa saja termasuk mentaati ibu bapa.

Biasanya, ibu mereka akan beredar ke dapur apabila saya buat
tazkirah bab mentaati ibu bapa. Mungkin dia malu nak dengar pujian dan
penghormatan tinggi yang wajib diberi oleh anak-anak kepada ibu bapa. Biarlah.
Dia tidak mahu dengar tidak apa (atau mungkin dia menelinga dari dapur). Namun
anak-anak saya yang berbagai ragam dan songeh itu wajib disedarkan dan
difahamkan, bahawa wanita yang memasakkan makanan untuk mereka, wanita yang
mencuci pakaian mereka, wanita yang melahir dan membesarkan mereka, wanita yang
mengasuh dan mendidik mereka itu bukan wanita biasa. Dia wanita luar biasa.
Rasulullah kata, syurga anak-anak di bawah tapak kaki ibu. Redha Allah di atas
redha ibu bapa. Murka Allah di atas murka ibu bapa.
Jom
tukar teknik!
Saya pernah menghadiri program motivasi jati diri remaja yang dibuat oleh sekolah tempat anak saya belajar. Semasa di dalam dewan, ibu bapa disuruh menunggu anak-anak yang sedang diberi kuliah motivasi di tempat yang berasingan. Tidak lama kemudian mereka pun masuk ke dalam dewan dalam keadaan isak tangis dan air mata berderai-derai.

![]() |
Saya sedih kerana disuruh untuk sedih |
Tahulah saya emosi dan fitrah mereka
terhadap kasih ibu dan ayah telah di sentuh dan disedarkan semasa kuliah
motivasi itu. Masing-masing menerpa ibu ayah sambil meluahkan dosa dan
kesalahan mereka, minta diampunkan. Mengapa anak-anak ini mudah sangat
tersentuh hingga berderai-derai air mata apabila fitrah mereka disedarkan?
Hmm … agak-agaknya kalau teknik ini kita lakukan di rumah, macam
mana ya? Bolehkah anak-anak kita menangis sampai merah mata?
Kepada para ibu bapa, mari kita cuba teknik ini di rumah pula. Kita
tukar teknik mendekati anak-anak ini. Teknik lama seperti membebel, merungut
dan menyinga yang sudah tidak releven itu kita tolak jauh-jauh. Selamat
mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.