Lelaki dan bola
“Feeewiitttt”. (ini bunyi wisel la) Suka tengok permainan bola sepak? Mungkin ramai dikalangan kita yang
suka tengok walaupun yang minat gila bola sepak tu tak ramai. Umumnya mata kita
akan bergerak mengikuti pergerakan bola yang ditendang ke setiap penjuru padang . Tapi ada juga
yang suka tengok fizikal dua puloh dua orang jantan sasa kat tengah padang tu. Fizikal atlet
la katakan……
Apa pun, mari kita tengok pula gelagat satu-satunya
manusia paling berkuasa di atas padang
bola. Siapa lagi kalau bukan pengadil. Cuba kita lihat mata pengadil dalam
perlawanan bola sepak. Tajam dan cukup pantas. Sikit je pemain terbuat foul, pantas saja dia meniup wisel.
Jarang ada pemain bola yang berani buat foul
terang-terangan depan pengadil. Macam mana kalau mereka buat foul di belakang pengadil? Jangan! Dua
penjaga garisan di tepi padang
yang mempunyai sepasang mata ala bionic pantas mengangkat bendera dan memberi
laporan kepada pengadil.
Mereka ini diibaratkan macam private eye buat
pengadil. Sikit-sikit repot, sikit-sikit repot. Tidak cukup dengan itu, kamera
video di sekeliling padang
sedia merakam setiap aksi pemain yang gatal nak buat foul. Memang mencari penyakit namanya kalau nak buat foul juga!
Susahnya mencari bukti
“Aduih, tergigit lidah lagi”. Itu
kisah foul dalam padang
bola. Bagaimana pula foul dalam rumah tangga? Oh, ada. Mesti ada. Kebiasaannya,
seperti mana diatas padang
bola, foul-foul kecil ni dimaafkan. Itu biasalah dalam bola sepak.
Pengadil tak
layan pun dengan foul kecil dan tak sengaja ni. Begitu jugalah didalam rumah
tangga. Tak perlu diambil hati sangat dengan foul kecil-kecilan ni. Buat tak
Nampak jer. Ibarat orang kata, ‘Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula
Suami Isteri’.
Tapi kalau foul itu agak bahaya dan disengajakan, kad kuning
akan dikeluarkan oleh pengadil serat merta. Buat foul kali kedua, terus dapat
kad undangan keluar padang
( kad merah le tu). Tak boleh main dah. Atas padang bola bolehlah buat macam tu.
Dalam
rumah tangga macam mana pulak? Kalau cik Abang asyik buat foul berkali-kali dan
dibelakang cik Adik pulak, macam mana nak diadili? Masalahnya, para isteri
tidak ada bukti yang jelas untuk layang kad kuning buat cik abang. Cerita suami
bermain kayu tiga, buat hal dengan anak bini orang atau ke lokasi rahsia sering
bertiup di cuping telinganya. Masalahnya, dia tidak ada bukti untuk disabitkan
kesalahan.
Aik? Pengadil kena kad merah?
Jadi
macam mana, ya? Tak kan
nak ikut dan awasi ke hulu ke hilir dan ke mana saja suami pergi? Tak kan tiba-tiba saja nak
buat spot check pada poket seluar dan
kemeja suami, kalau-kalau ada tiket wayang atau apa-apa bahan bukti? Tak kan nak pasang dua tiga
orang pengintip untuk mengekori pergerakan dan perbuatan suami yang
mencurigakan, ala-ala pengadil bola yang mendapat bantuan penjaga garisan dan
kamera video? Ah, tension betul kalau dapat suami begini! Kena betul-betul
cermat dan berhalus kalau nak cari bahan bukti. Silap tarikh, kalau asyik main
serkap jarang aje, kita pula yang dilayangkan ‘kad merah’. Lagi haru! Habis tu,
apa yang patut dibuat?
![]() |
Isteri: "Tiket wayang ini siapa punya abang? Suami: Errrrr...... |
“Menjunjung perintah, Bang!”
Saranan
saya sebagai orang lelaki, para isteri haruslah memainkan peranan memastikan
cik-cik abang sentiasa terpenuh keperluan lahir batinnya.
Bacalah buku-buku dan
artikel bagaimana nak menambat hati suami.Jangan diawal-awal perkahwinan aja
berusaha menambat hati suami. Bila perkahwinan dah semakin jauh dan rasa suami
macam okay jer, tak perlulah ditambat lagi.Jangan!Menambat hati suami ni tugas
sepanjang masa.
Orang lelaki, walau sekeras mana pun hatinya, boleh cair dengan
keperempuanan isteri. Orang lelaki umumnya lebih ego berbanding perempuan. Jadi
ubat kepada ego suami, hormatilah dia sungguh-sungguh. Beri sepenuh perhatian.
Beri hati kita betul-betul dan berilah yang terbaik untuk si dia.Apa yang
Rasulullah ajarkan buat para isteri dalam urusan mentaati suami, hendaklah kita
ikut. Solat dan baca al-Quran jangan ditinggal. Doa khusus buatnya jangan di lupa.
Tapi kalau kita sendiri liat nak sentuh tikar sembahyang atau al-Quran,
susahlah sikit saya nak cerita….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.