Kadang-kadang saya cuba untuk memahami perasaan dan
jiwa halus orang perempuan (anak dara) yang akan menempuh alam perkahwinan.
Tentulah berdebar-debar memikirkannya.
Berkahwin dengan siapa? Macam mana? Boleh
bertahankah? Semua persoalan itu pastinya bermain-main dan berlegar-legar dalam
kepala kita. Yalah, dulu (zaman saya muda-muda) banyak perkara yang boleh
dipermudahkirakan.
Belajar lebih kurang pun dapat masuk universiti.
Hendak berkahwin pun begitu juga. Berunding lebih kurang dengan bakal keluarga mentua....dah
boleh kahwin.
Sekarang semuanya sangat mencabar. Bukan saja
berebut-rebut hendak panjat tangga menara gading dan selepas itu hendak cari
pekerjaan, hendak cari teman hidup lagilah payah. Memang betul-betul mencabar.
Kita berkenan dengan orang, orang tak minat dengan
kita.
Kita meluat pada orang, orang tergila-gilakan kita. Kita jual mahal
dengan harapan pemuda itu keep on trying (adab orang timurlah katakan), orang
langsung tawar hati dan kata, ‘Hi, hi...bye, bye!’. Kita jual murah sangat,
orang kata barang ‘low quality’, sekali petik dah dapat! Kita mahukan bakal
pasangan hidup yang beriman dan warak, tapi yang datang itu imannya tinggal
kerak.
Mak: Mana resume bakal suami kamu? Anak: Resume dia......errrr....rereerere.... |
Kadang-kadang ada keluarga yang faham syariat, jadi
bila dapat calon yang sesuai tentulah hendak dipermudahkan dan disegerakan
perkahwinan itu, tapi keluarga terdekat pula yang buat kecoh.
“Letakkan harga mahal sikit, ingat anak kamu tu
janda ke?” inilah antara kata-kata hikmat yang selalu buat kita serba salah.
Itu belum cerita fasal 1001 teknik dan taktik licik yang diguna pakai oleh sang
pria untuk memikat sang dara.
Dari teknik ‘main ayat’ yang bisa menggetar sukma,
bait-bait puisi tangkap lentok dari SMS, chit chat yang bisa melendoq urat
saraf sehinggalah teknik konvensional yang masih releven dan masih ada kesan
iaitu melaram dengan barang pinjam-tak kisahlah kereta pinjamkah, kasut ‘branded’
pinjam-kah....janji jerat mengena.
Semua ini membuatkan orang perempuan kena
berhati-hati terhadap profil calon-calon yang mencuba untuk ‘audition’. Bukan
apa, risau silap pilih apatah lagi bila calon sudah ‘shake hands’ dengan tok
kadi, semuanya jadi payah dan sukar.
Yang punya hajat: Saya datang sebab mahu meminang Tuan penerima hajat: HAH, KAMU??? |
Tapi kita sebagai seorang Islam, kenalah yakin
sungguh-sungguh, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jangan sesekali
membelakangkan Allah dan syariatn-Nya dalam soal mencari teman hidup ini.
Di samping mengeratkan hubungan dengan Allah, ada
banyak petua yang tekah dikitabkan untuk kemudahan kita mencari jodoh yang
sesuai. Jangan hanya hendak cuba petua-petua moden yang datang dari luar saja.
Semua itu nampak mudah dapat, tapi ingat....cara itu tak berkat. Bila tak
berkat, semuanya jadi berselirat dan payah hendak dibuat.
Untuk membaca artikel sketsa rumahtangga, klik dan dapatkan di sini
Untuk membaca artikel sketsa rumahtangga, klik dan dapatkan di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.