Tada
malu punya worang!
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh
keistimewaan dan barakah. Bagi sesetengah orang, dia tidak ambil peduli dengan
kedatangan Ramadan. Ramadan datang atau tidak, dia tidak ambil kisah. Pusingan
hidup sehariannya tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh Ramadan. Kalau lapar,
dia makan walaupun orang lain sedang giat menahan lapar. Kalau kenyang dia
relaks, walaupun di saat orang lain sedang menikmati juadah berbuka puasa.
Namun waktu orang lain bergembira menyambut Syawal, dia pun tumpang sekaki
juga. Isy … tidak mahu betul!
Bagi sesetengah kaum Hawa terutama anak-anak dara, Ramadan maknanya deadline untuk qadak semua puasa yang
tersangkut pada tahun yang lepas. Kalau tidak qadak alamat kena denda. Huh,
berpeluh jugalah mereka nak qadak hari-hari yang tertinggal dulu. ( Suka sangat
buat kerja last minute...)
Kerja
sebulan makan setahun
Bagi kaki bisnes, bulan Ramadan adalah
bulan yang sangat ditunggu-tunggu. Kononnya, sebulan memasang pukat, rezekinya
boleh makan sampai setahun. Itulah namanya rezeki bulan Ramadan! Satu pertiga
awal Ramadan, dia berniaga juadah untuk berbuka. Satu pertiga pertengahan
Ramadan, dia bisnes pakaian raya pula. Satu
pertiga akhir Ramadan, dia buka bisnes
biskut raya pula. Fuh, memang untung giler!
Ya, gila dibuatnya. Bagi orang awam
seperti saya, Ramadan tu seperti isyarat. Baju raya budak-budak sudah tempah?
Langsir sudah berganti? Set sofa dan pinggan mangkuk sudah berwajah baru? Warna
dinding rumah tidak mahu cuba
yang odourless pula?
Aduh, sepatutnya Ramadan ini kita boleh beri sepenuh perhatian untuk
tingkatkan kualiti dan kuantiti amal ibadah, rupa-rupanya masih banyak
penghalang dan perintang yang harus ditebas dan ditempuh sebelum kita dapat
menikmati kehadiran Ramadan ini.
Bukan
Ramadan, tapi kita yang malang
Beruntunglah orang yang tidak sabar menanti kedatangan Ramadan yang
penuh berkat ini, untuk diisi dengan ibadah yang bersungguh-sungguh tanpa letih
dan jemu. Tawaran pahala yang berlipat kali ganda di dalamnya hanya tahu
dinikmati oleh orang-orang yang mampu melihat dengan mata hati. Malangnya umat
akhir zaman tidak begitu nampak tawaran ini, kerana tawaran raya lebih memikat,
lebih hebat, lebih lazat dan lebih dekat. Oh, malangnya kita......
Adik-adik ini pun puasa penuh.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.