(Artikel Ramadan)
Yang
longgar diketatkan...
Kereta kita sama ada rosak atau tidak,
kenalah dibawa masuk kebengkel pada waktu-waktu tertentu untuk diservis. Mengikut
buku manual yang disertakan bersama pembelian kereta itu, setiap puluhan ribu kilometer
memandu, kereta mesti dihantar ke pusat auto yang sah untuk diservis. Bahagian
yang longgar patut diketatkan. Bahagian yang patut ditukar mesti ditukar.
Bahagian yang patut dibaiki mesti dibaiki. Bahagian yang sudah sampai tarikh
luput mesti diganti.
Kalau kita pakai kereta TOYOTA ,
janganlah pergi ke pusat servis PROTON. Buku manual untuk Toyota Vios tidak
boleh dipakai untuk Honda Civic walaupun kedua-duanya bernama kereta dan guna
empat tayar. Pendek kata kenderaan jenis apa pun, apabila patut hantar servis,
mesti diservis. Barulah jangka hayat kereta lebih panjang dan pemanduan akan
lebih selamat.
Kita
dan kereta sama jer..
Tubuh badan kita pun macam itu jugak. Wajib diservis apabila sampai
tempohnya.Bulan Ramadan adalah waktunya.Diservis sebulan penuh. Tidak boleh
kurang walau sehari pun kecuali kepada pesakit bulanan (sakit tu sakit juga,
tapi perlu diganti). Selama sebulan itu, batang tubuh kita diservis, dipulihkan
dan dibaiki luar dan dalam macam kereta.
Tidak boleh makan minum, tidak boleh
terlajak cakap dan tidak boleh melampaui batas.Tuntutan puasa bukan sekadar
mengikat perut, tetapi juga mengikat mata ,telinga, mulut dan seluruh
pancaindera. Pendek kata banyak benda yang dibolehkan pada bulan lain tidak
dibolehkan pada bulan puasa. Kalau langgar juga pantang larang tu, markah puasa
akan dipotong. Lebih berat kes, markah mungkin ‘sifar’ dan dikenakan tindakan
penalti iaiu kena ganti puasa pada bulan lain.
Potong
markah!!
Selama sebulan ni, Allah minta kita
buat beberapa perkara bagi mencapai kesempurnaan diri. Digalakkan bersahur
ketika menghampiri waktu subuh. Digalakkan melakukan berbagai bermacam amalan
sunat. Tasbih dan istighfar diperbanyakkan, selawat dan tadarus al-quran
digiatkan, sedekah dan kebajikan diperhebatkan. Mengekang nafsu makan dan minum
sehingga maghrib. Kalau sengaja lewat berbuka, markah puasa dipotong. Berbuka
digalakkan dengan buah-buahan dan air kosong dahulu, supaya perut tidak
terkejut.
Pendek kata, jika selama sebulan ini dipenuhi dengan ibadah yang bersungguh-sungguh
pasti jiwa kita jadi kuat dan mantap. Orang yang bersungguh-sungguh menghayati
bengkel Ramadan ini akan keluar sebagai orang yang hebat, seperti kereta yang
baru diservis.
Sudah servis iman anda? |
Maaf,
anda GAGAL!
Bagi mencapai tahap hebat lahir dan batin ini kenalah kita ikuti
‘buku manual’ yang Allah sudah tetapkan. Dia yang mencipta kita maka Dialah
yang arif apa yang terbaik untuk kita. Kalau Dia kata masuk bengkel Ramadan ni
sangat baik bagi pemantapan jiwa, maka pastilah ianya solusi terbaik buat diri
kita.
Janganlah kita memandai-mandai nak mencari kaedah-kaedah lain buatan
manusia bagi mencapai kesempurnaan jiwa dengan menggangap ianya lebih glamor,
lebih mudah,lebih praktikal dan lebih efektif. Kalau kita merasakan sedemikian,
sedarlah bahawa kita adalah manusia paling bangang lagi bengong dibumi Tuhan
ini.
Akhir pesan, hanya kereta yang lulus ujian servis sahaja yang layak
dipandu pulang bagi merayakan Aidilfitri. Yang tidak lulus ujian servis, tidak
layak BERAYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.