Alaa,
batal pulakk.....
Pernah tak kita rasa begitu menderita apabila terpaksa mengulangi
solat kerana wuduk terbatal?. Pernah tak kita rasa menderita apabila sedar
sebaik selesai solat didapati kain kita berlubang menampakkan aurat, dan kena
ulang solat semula?.Pernah tak kita rasa
menderita apabila suami tersentuh kita sedangkan kita sudah bersiap hendak
solat. Hmm, terasa azab dan menderita sungguh hendak berwuduk dan solat semula kan ?
Aduhh,
azabnya Ya Allah!
Mengapa terasa azab dan menderita apabila terpaksa mengulangi solat
yang terbatal? Adakah kerana kita tidak terasa indah dan seronok bersolat?
Mungkin itulah sebabnya. Solat disurau atau didepan orang ramai boleh kita solat
lama-lama, siap solat sunat qabliah dan ba’diah sekali.
Tapi kalau solat
bersendirian dirumah rasa nak cepat sahaja habis. Mana yang boleh buat short-cut, kita buat short-cut. Buat yang rukun saja. Itu pun
solat pakai sistem ekspres tanpa tamakninah atau macam ayam mematuk makanan !
Selesai salam terus bangun tanpa sempat berdoa. Sesetengah tu berdoa, “Ya Allah
yang Maha Mengetahui, doa aku hari ini sama saja dengan doa aku yang semalam.
Kabulkanlah, ya Allah. Amin.”
Kadang-kadang dalam solat lagi dah bersusun
kerja-kerja urgent yang nak disiapkan
menyebabkan kita memantaskan kelajuan solat yang sudah sedia ekspres. Bijak
sungguh syaitan menipu kita. Selesai solat, kita entah kemana, kerja urgent
entah kemana.
Syaitan
dan Nafsu tumpang sekaki
Rasa-rasanya adakah Allah terima ibadah solat yang macam tu? Jom
kita buat semakan terhadap ibadah solat kita. Berapa ramai di kalangan kita
yang melazimkan solat pada awal waktu? (tentu ada yang berkata, “Alaa …
lewat-lewat pun semayang juga”). Berapa ramai di kalangan kita yang melazimkan
solat sunat sebelum dan sesudah solat fardu? (tentu ada yang berbisik dihati, “Alaa
… orang lain langsung tak semayang, lagi teruk!”).
Berapa ramai yang
bersungguh-sungguh menjaga khusuk dalam solat ? (nanti syaitan tolong jawab
untuk kita, “Alaa … tak khusuk pun solat sah juga”). Berapa ramai yang faham
makna bacaan al-fatihah? (“Alaa, yang penting boleh baca dengan
lancar”....bisik syaitan lagi). Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan
dalam solat; bacaan ketika rukuk, sujud, atau ketika duduk tahiyat? (kena faham
ke?) Berapa ramai yang sudah habis mengaji kitab fikah bab bersuci, wuduk dan
solat yang biasa di buat di surau dan masjid? (“Alaa, masa disekolah tadika dan
sekolah rendah dulu cikgu dah ajar.Dah faham dah. Kira okey ler tu”!...nafsu
pula menyampuk).
Tak kira kita berada di mana pun |
Jom
‘bertumbuk dengan anak-anak!’
Begitulah sikap kita tentang solat yang
kita akui sebagai tiang agama. Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Betapa
cuai dan main-mainnya kita terhadap ibadah solat. Bayangkan, usia kita sudah
semakin sampai ke penghujung, tapi kualiti solat kita masih macam budak tadika.
Akhir kata, wajar lah diingat bahawa
soalan yang mula-mula akan ditanya di akhirat nanti adalah mengenai solat.
Kalau lulus persoalan solat, maka persoalan ibadah lain tu kira mudah la nak
jawab. Tapi kalau persoalan solat pun kantoi, … hmm, susah mahu cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.