Anda mahu
terhapus segala dosa?
Anda mahu
menjadi orang bertaqwa?
Anda mahu
berdiri sebaris bersama orang soleh dan ahli ibadah?
Anda mahu
mendekatkan diri dengan Allah?
Anda mahu
terpelihara dari maksiat?
Anda mahu masuk
syurga dengan selamat?
Hmm......semuanya iklan fasal
akhirat jer. Tak ada ke iklan fasal dunia? Petua nak turunkan tekanan darah
atau singkirkan penyakit dari badan ke?
Petua nak selesaikan hutang yang bertimbun-timbun ni ke? Petua nak mudah
menghafal ke?
IKLAN 1:
Petua
menghilangkan dan membuang segala penyakit dari badan. Tanpa wang! Tanpa
ubat!Dijamin berkesan! Tiada kesan sampingan! Pasti memuaskan! Jaminan wang
tidak akan dikembalikan (sebab anda tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun!!)
IKLAN 2:
Anda seorang
yang pelupa? Sukar mengigati apa yang dipelajari? Sukar menghafal? Dapatkan
petua terhebat warisan sepanjang zaman. Terbukti berkesan!
Macam mana
caranya?
Ikuti
langkah-langkah berikut:
1.
Buat temu janji sekitar pukul
tiga pagi sehingga subuh.
2.
Bangun tidur, bersihkan badan dan
ambil wuduk.
3.
Lakukan solat malam seperti
tahajud, witir, tasbih dan sebagainya.
4.
Berdoa, berzikir dan bermunajat
kepada Allah sebanyak-banyaknya.
5.
Istiqamah dalam melakukan
solat-solat ini.
Iklan ini tidak bergerak! |
Begitulah hebatnya kuasa solat malam. Pentingnya solat malam ini
dapat dilihat pada maksud sabdaan Rasulullah
SAW.”Dua buah rakaat yang dilakukan
seorang hamba pada tengah malam adalah
lebih baik baginya daripada dunia ini dan apa yang ada didalamnya. Dan
seandainya aku tidak khuatir memberatkan
keatas umatku tentu aku mewajibkan kedua rakaat itu atas mereka”.
Kalau kita mahu Allah membela
kita sepanjang masa, mahu Allah lepaskan kita daripada masalah hidup, mahu
dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, maka solat malam adalah
antara jalannya. Sebabnya, melazimi solat malam adalah ciri-ciri orang bertakwa
dan orang bertakwa pasti mendapat pembelaan Allah.
Oh, susah rupa-rupanya nak dapat segala benda yang hebat di dunia
ini. Kena bangun tengah malam pada saat orang lain sedang berdengkur di buai mimpi. Kena bersejuk-sejuk
berwuduk saat orang lain lena berselimut tebal. Kena tinggalkan tilam empuk dan
teman sekatil .Ohh, susah, susah! Rasa-rasanya lebih baik aku perhabis duit
cari ubat dan rawatan doktor atau bomoh hingga kehujung dunia untuk hilangkan
penyakit aku ni!.....
Umumnya begitulah kita.Ghairah mengejar keuntungan dan ganjaran
dunia yang boleh dicapai segera (walaupun harus dibayar mahal), tapi keuntungan
akhirat walau sebesar macam mana sekalipun
(dan tak susah manapun nak dapatkannya)
tetap kita anggap susah dan buat tak kisah.....
“Hendaklah kamu semua rajin bangun malam
(bertahajud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaaan para solihin sebelummu.
Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu
dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal daripada tubuh.”
(Riwayat Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.