Rasulullah adalah abdan syakuura, Beliau pernah
berpesan kepada Muadz bin Jabal: "Hai Muadz, demi Allah sesungguhnya aku
amat menyayangimu". Beliau melanjutkan sabdanya, "Wahai Muadz, aku
berpesan, janganlah kamu tinggalkan pada tiap-tiap sehabis solat untuk berdoa;
“Ya Allah, ajari aku ingat kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah
dengan baik kepada-Mu".
Senangnya
sebut syukur
“Alhamdulillah, syukurrr”. Begitulah
yang selalu kita dengar bila orang nak melahirkan rasa syukur dengan nikmat
yang Allah beri. Orang baik sebut syukur dan orang jahat pun sebut syukur.
Sebut syukur memang senang, tetapi berapa ramai daripada kita yang betul-betul bersyukur?
Semasa kita hendakkan sesuatu, begitu bersungguh-sungguh kita berusaha dan panjatkan
doa kepada Allah supaya diperkenankan kehendak kita tu.
Malangnya, apabila
sudah tertunai hajat, ramai pula yang lupakan Allah.Lupakan kain pelikat dan telekung.
Lupakan sejadah dan naskah al-Quran. Pendek kata lupa hendak bersyukur. Ada juga yang bersyukur
tetapi sekejap sahaja. Apabila sibuk, doa entah ke mana, syukur jauh sekali. Lebih
tragis, sebut syukur berkali-kali, solat jarang sekali...
"Ya Allah, berikan daku seekor ikan yang sedap" |
Isteri
cantik pun susah hati juga?
Harta kekayaan tidak bererti kalau jiwa
miskin. Demikian juga jika rumah lapang tidak bererti jika hati sempit. Berilmu pengetahuan tidak
bernilai jika berpekerti buruk. Berpangkat tinggi tidak berguna jika hidup dalam
kebencian orang.
Beristeri cantik (atau bersuami macho) tidak bermakna jika hati sering susah gundah gulana. Harta
bertimbun-timbun tidak bernilai jika sakit selalu dtang bertimpa-timpa. Paling
teruk, semua kekayaan yang kita punyai tidak membawa apa-apa erti jika kita
tidak pandai bersyukur dengan nikmat
yang Allah beri. Ingat, setiap sesuatu yang kita miliki sebenarnya bukan
milik kita pun. Ianya dipinjam oleh Allah sahaja.
Tanda-tanda
kebahagiaan
a.
Apabila bertambah ilmunya,
bertambah pula rasa syukurnya.
b.
Apabila bertambah amalnya,
bertambah pula rasa takut kepada Allah.
c.
Apabila bertambah umurnya,
beransur kurang cinta dan tamaknya pada
dunia.
d.
Apabila bertambah hartanya,
bertambah pula pemurahnya.
e.
Apabila bertambah pangkat dan
kedudukan, bertambah dekat dengan orang bawahannya.
Kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan.
Kesenangan jiwa terletak pada sedikit berbuat buruk.
Kesenangan hati terletak pada sedikit kepentingan.
Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan-bukan.
Kesenangan nikmat adalah apabila kita pandai bersyukur.
Jika Allah mahu mendidik manusia, maka diturunnya kesusahan dan
kemudaratan. Maka bersyukurlah jika
kita ditimpa kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat kepada kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar syukur
adalah nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita. Jika tidak, kita pasti tidak
tahu bersyukur. Kesimpulannya, syukur adalah milik Allah dan bukan milik kita.
Jangan mengeluh jika tidak mempunyai kasut, sedangkan ada orang yang
tidak mempunyai kaki.
Jangan bersedih kerana elektrik dirumahmu dipotong, sedangkan ada
orang yang tiada rumah.
Jangan mengeluh kerana bersesak-sesak dijalan raya untuk ke tempat
kerja, sedangkan ada orang yang menganggur tiada kerja.
Jangan bersedih dengan kekurangan atau kelemahan pasangan kita,
sedangkan ada orang yang belum mempunyai pasangan.
BERSYUKURLAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.