Alkisah seorang lelaki (suami) ni bila tak banyak bercakap,
bukanlah bermakna tak banyak keinginannya. Banyaaaaaak! Cuma dia tak bicara
dengan mulut. Bicaranya melalui body language ke, isyarat mata ke atau
macam-macam isyarat lagilah. Kalau isterinya boleh baca isyarat tu, ada
peluanglah hajatnya tercapai. Tapi kalau isteri ‘tak sekolah’ dan tak reti baca
isyarat tu, maka isyarat hanya tinggal isyarat ajelah. Suami pun mati
beranganlah jawabnya...
Umumnya orang jantan kita tak pandai pamer emosi dan
perasaan pada isteri. Betul tak? Kalau tanya saya, tentu jawapannya betul
sangat-sangat! Suruh sebut perkataan lain okey, tapi jangan suruh sebut ‘Love
you so much’ atau ‘I miss you’...eiii, getik betul rasanya. Jadi, orang
perempuan yang dapat suami macam tu, cuba-cubalah belajar tengok-tengok lenggok
badan dia ke, kerut kening atau gerak misai dia ke. Tentu ada signal-signal
yang boleh dibaca dan diambil tindakan lanjut.
Berlatih bercakap! |
Lagi satu perkara, orang lelaki ni udah ler tak reti pamer
emosi, bila cakap dengan isteri macam cakap denga tunggul. Straight aje. Tak
pandai nak berintonasi langsung. Waktu sebelum kahwin dulu, pandai pula dia
bermain dengan kata-kata. Cukup indah dengan bunga-bunga....ada awan larat
lagi. Isyy....isyy...tak faham saya.
Nasib awaklah wahai isteri! Dahlah cakap
straight forward, hati isteri yang terguris tu, tak pandai pula dia nak memujuk
atau minta maaf. Sebenarnya bukan tak nak ucap ‘I’m sorry’ tapi tak terkeluar
ayat tu dari mulut. Mulut mungkin tak ucap, tapi tetiba dia belikan aiskrim kun
saiz besar untuk awak. Itu maknanya dia nak minta maaflah tuuu....
Kemudian , lelaki ni pula lain fesyen sikit berbanding
perempuan. Kalau diajukan tiga patah perkataan punya soalan, orang perempuan
boleh jawab sampai tiga helai kertas kajang. Tapi tiga lori kertas kajang punya
soalan, orang lelaki boleh jawab dengan tiga patah perkataan sahaja. Hebat,
kan? Itulah suami namanya (psst...soalan daripada isteri aje tau, soalan
perempuan lain dia boleh jawab panjanggg....termasuklah jawapan yang tidak
perlu soalan).
Pada waktu lain, ada juga soalan isteri sikit pun tak
dijawabnya. Dia buat kering aje. Eiii...rasa-rasa nak tunjal aje dahi dia. Nasib
baiklah dia tu suami, terpaksalah isteri hormat.
Bukan si suami tu tak nak jawab sebenarnya. Cuma dia rasa
soalan itu mungkin tidak perlu dijawab atau jawapannya tersembunyi dalam soalan
sebelumnya atau isteri silap pilih waktu untuk menyoal. Tak patutlah waktu
suami tengah bergelut dalam traffic jam, isteri tanya suami itu dan ini. Tak
patut, tak patut tu!
Lagi satu, kelemahan orang lelaki ni bukan pada mulut saja.
Telinga pun tak boleh pakai juga! Penuh ‘XXX’! Nak suruh dia jadi pendengar
yang baik? Minta maaf ajelah. Dia dengar, bukan tak dengar cakap isteri. Tapi
entahlah, telinga ke lain, mata ke lain. Tension orang perempuan dibuatnya,
kan? Tapi itulah lelaki namanya.
Itulah suami namanya (psst....kalau perempuan lain bertanya,
penuh perhatian dia berikan). Hmm...nasib awaklah wahai isteri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.