Isteri hormati suami, suami sayangi isteri |
Wanita Super? Siapa mereka ni? Mengapa pula mereka digelar wanita super? Ohh ... mereka ini ialah isteri-isteri yang suka memberi atau berkhidmat pada suami, tapi tidak minta satu sen pun daripada jasa bakti mereka itu. Suami hendak hargai atau tidak, dia tak kisah. Yang dia tahu, kalau dia ikhlas memberi, pasti Allah hargai dan mengganjarinya dengan pahala dan balasan yang setimpal di akhirat kelak.
Wah, tabik saya pada perempuan macam ini. Payah
hendak jumpa dan semakin pupus pula golongan ini. Mereka ini memang layak
digelar wanita super.
Tapi saya rasa ada segolongan wanita yang lebih
hebat daripada wanita super ini. Mereka ialah isteri-isteri yang tak tahu
mengenang budi suami dan tak tahu pun suaminya adalah pemegang kunci pintu
syurganya.
Orang lain kahwin, dia pun nak kahwin. Orang lain
kahwin dengan penuh kefahaman tentang hikmah perkahwinan dan tanggungjawab isteri
dalam rumah tangga. Dia ini pula tahu kahwin sahaja. Selepas itu buka buku How
to Sustain...Your Marriage yang ditulis oleh orang-orang bukan Islam. Bukannya
apa, konsep dan matlamat perkahwinan mereka jauh berbeza dengan Islam.
Misalnya, ada mereka beritahu bahawa setiap butir
beras yang ditanak (untuk makan seisi keluarga) itu berzikir untuk kita? Tidak
ada! Ada mereka beritahu bahawa setiap peluh yang mengalir tatkala kita sedang
mencuci kain keluarga tu ada pahala dan balasannya di akhirat nanti? Tidak ada!
Ada mereka kata bahawa kesakitan sewaktu mengandung dan melahirkan anak itu
merupakan kifarah dosa dan jika ditakdirkan mati, akan dikira mati syahid? Ada
mereka beritaju bahawa seluruh malaikat langit dan bumi akan melaknat dari
malam sampai pagi mana-mana isteri yang menolak kehendak suami? Tidak ada!
Tidak ada!
Yang mereka ajar, kalau suami kamu ‘x’ pada waktu
kamu tak bersedia untuk itu, ia dikira kes rogol dan kamu boleh buat laporan
polis. Kalau suami tidak adil dalam banyak perkara, kamu boleh dakwa dia di
mahkamah. Semuanya kena sama rata dan sama rasa. Tidak ada kedudukan nombor
satu dan bos dalam rumah. ‘What you give you get back’, maksudnya kalau kamu
memberi pada suami, dia kena bagi balik.
Lebih tragis kalau dapat isteri yang tak reti hendak
memberi, tapi asyik minta itu dan ini pada suami. Rumah tangga begini boleh
jadi neraka di dunia. Istilah rumah tangga yang rukun, aman dan makmur, ada
kasih sayang, hormat-menghormati dan mendapat rahmat sert keampunan Allah sudah
tiada lagi. Kalau ada pun, tak asli dan tak kekal. Kenapa? Kerana ia tak berpaut
pada tali Allah dan syariat-Nya dalam urusan rumahtangga.
Untuk para suami pula, janganlah asyik hendak ‘menerima’
saja daripada isteri. Sebagai ketua keluarga, kita yang perlu memberi terlebih
dahulu agar isteri terpanggil untuk tunduk dan memberi pada kita pula. Yang
penting, kita kena pastikan sikap memberi oleh isteri itu sentiasa subur dan
dibajai.
Berbalik kepada para isteri, macam mana kalau suami
kita tu jenis yang tak reti menghargai pemberian kita? Dalam hal ini ingatlah,
walau bagaimana sekalipun dia, dia tetap suami kita dan berada pada satu tahap
lebih tinggi daripada kita. Kedudukannya jauh lebih tinggi daripada bos di
pejabat, malah lebih tinggi daripada ibu bapa kita. Dan satu kali lagi
diingatkan, jika dia lupa hendak menghargai kita-tidak mengapa, sebab Allah
pasti tidak lupa!
“Kecantikan
seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) marahnya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.