UNTUK kali
yang kesekiannya, aku terus mengakui kelemahan dan kekurangan diri bahawa aku
tak expert langsung untuk menulis SKETSA RUMAH TANGGA dalam Anis bulan ni.
Berat dan tak pernah ringan. Susah dan tak pernah senang. Letih kepala otak aku
nak mencungkil idea-idea segar dan bernas secara santai dan relak buat tatapan
pembaca Anis sekalian. Kadang-kadang jealous jugak tengok penulis-penulis
dan editor buat artikel. Tup tap tup tap duduk depan komputer atau notebook,
sekejap aje dah siap dan boleh deliver. Yang aku nie jenuh
berpusing-pusing, berguling-guling dan berpintal-pintal memerah otak, sehari,
dua hari, tiga hari dan empat hari – baru siap. Malang betul!!!!
KALI ini
seperti biasa, artikel-artikel untuk Fokus dan artikel untuk ruangan Kemudi
Hati tulisan Ustaz Pahrol siap lebih awal dari SKETSA aku. So, sempat la aku
membelek dan menenggelamkan diri aku dalam artikel mereka. Kisah rumah tangga
Rasulullah. Aku baca sekali, dua kali dan tiga kali – memang takde ayat nak
menggambarkan kesempurnaan rumah tangga Rasulullah. Apatah lagi nak dibandingkan
dengan rumah tangga aku, rumah tangga muslim akhir zaman ni.
BAYANGKAN,
jika ada suami-suami di akhir zaman ni yang menjahit butang baju sendiri walaupun
isteri bersedia dan mampu buat. Bayangkan jika ada suami-suami yang tak pernah
meminta makanan kat dapur dari isterinya dan tak kisah langsung apa yang isteri
nak hidangkan. Bayangkan ada suami yang rela hati menolong isteri mengemas rumah,
menukar lampin anak dan tukar cover kusyen dan melakukan berbagai-bagai
kerja milik orang perempuan dengan penuh rela – wow, tentu hebat sekali orang
ini. One in a thousand atau million barangkali. Apa
tidaknya, perempuan yang boleh melakukan kerja lelaki, banyak. Lelaki yang
boleh melakukan kerja orang perempuan, susah nak cari.
Memang tak dapat nak bayang |
TAPI masalahnya,
tak ramai orang perempuankita ni yang tau bersyukur bila memiliki suami sebegini, malah
mengambil peluang dan kesempatan di atas sifat suaminya. Apa tidaknya, tak suruh
buat pun suami buat sendiri, apa lagilah kalau kita minta tolong dia buat, lagilah
suami boleh buat. Umumnya orang lelaki ni selagi kita pandai menghargai kejujuran
mereka, selagi itulah mereka boleh dan mampu meringankan tugas-tugas kita. Sama
macam kita orang perempuan jugak lah. Pokok pangkalnya – penghargaan. So,
hargailah kejujuran suami mithali anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.