Matlamat untuk anaknya jelas dan fokus. UPSR mesti 5A, PMR mesti 8A dan SPM mesti 9A sekurang-kurangnya, kalaupun tak mampu menawan 14A. Setiap jam hidup anaknya diisi – sekolah, latihan, tuisyen, belajar, ulangkaji, latih tubi homework dan work,work!! Kepala otak anaknya dah dipahat:
5A?=5 Waktu solat |
“Belajar Rajin-Rajin,
nanti cerah masa depan.” Anak solat ke tak solat ke itu anak punya pasal, anak
nak tutup aurat ke tak nak tutup ke itu tak penting. Soal anak nak menempuh
gerbang baligh atau dah baligh itu remeh aje, soal belajar fardu ain, ahh, itu
boleh dicari kemudian hari. Apa pentingnya bebudak tu nak perlu tau soal rukun
Haji, jenis Haji atau sah batal Haji? Hingus pun meleleh lagi. Apa perlunya
bebudak tu nak perlu faham pasal cara-cara nak menyucikan najis mutawassitah
seperti darah, kencing atau air liur basi yang melekat di karpet tu? Apa pentingnya?
“Ehh!penting tu kak.” Semua tu pernah disoal dalam PMR. Tak tau jawab cam mana
nak score ‘A’ dalam subjek pendidikan Islam?”
“Oh! Gitu ke? Alamak
kalau gitu akak akan pastikan dia belajar fardu ain betul-betul!! Er... yang
terkandung dalam subjek Pendidikan Islam ajelah. Yang tak terkandung tu tak payah
dulu.” Gitulah ceritanya. Selalunya apabila disebut Ibu
Mithali terbayang kita seorang ibu (mungkin ibu tunggal) yang struggle membesar
dan mengasuh anak-anaknya yang ramai hingga semuanya menjadi. Semua atau
sebahagian besar berkelulusan Universiti dan semuanya berjawatan besar. Fuh!
Sejuk perut emak melahirkan mereka.
Masa depan mereka cerah
dan masa tua emak pun turut terbela. Itulah yang dinamakan Pelaburan Masa Tua.
Hari ini kita bersusah payah melabur untuk pendidikan mereka dan di hari tua nanti, mereka
akan membalas untuk kita. Soalnya, takde ke
kita terfikir akan Pelaburan Masa Mati? Maksudnya kita
labur untuk mereka di hari ini dan kita tuai hasilnya
di Akhirat nanti! Bayangkan kita berjaya mendidik anak-anak menjadi manusia hebat dalam akademik dan hebat dalam agama, berguna untuk bangsa dan agama. Anak-anak soleh dan solehah ini tak
henti-henti mendoakan kesejahteraan kita di
alam barzakh nanti.
Mereka melakukan pelbagai amal
bakti dan pahalanya mengalir bagaikan air untuk kita di kubur nanti, sedangkan
kita memang sangat-sangat mengharapkan doa dan pahala dari mereka. Ya, ada
ibubapa yang mendapat banyak talian hayat dari anak-anak buat ‘survival’
di alam kubur dan malangnya ada orang yang tidak mendapat sebarang talian hayat
walaupun memiliki ramai anak-anak cemerlang di dunia tetapi kecundang dalam
soal-soal agama. Harus diingat, anak-anak yang ‘gagal’ ini bukan saja akan
membuatkan diri mereka sendiri menderita di akhirat, malah mereka juga akan
membuatkan kita lebih sengsara dan menderita berlarutan di dalam kubur dan
akhirat nanti. Pastinya, kalau di dunia ini kita menanam dan menyuburkan tanaman
yang manis, maka di akhirat nanti, itulah buah yang akan kita tuai, tapi kalau
tanaman pahit dan beracun yang kita suburi, di akhirat nanti... ✻
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.