(Artikel ini untuk hari raya tahun ini)
Orang kita ni kalau pasal sambut
raya atau perayaan atau pesta atau festival dan karnival
memang terer,
memang hebat. Seronok sangat dan setiap benda yang berkaitan dengan pesta
memang meriah.
Bulan Ramadan yang Allah mintak
kita rehat sebulan dari `Pesta’ dan beri sepenuh perhatian pada ibadah puasa di
siangnya dan Tarawih pada malamnya pun kita nak pestakan jugak.
Kalau berpesta dengan ibadah dan
amal-amal kebajikan tu oklah jugak. Ni tidak. Berpesta makan, makan dan makan.
Bayangkan ada di kalangan kita yang sanggup berhabis wang sampai RM80 – RM150
sekepala hanya untuk menikmati juadah berbuka di hotelhotel besar.
Kononnya nak kasi reward segera
kerana berjaya menamatkan ibadah puasa sepanjang hari. Ya, bangganya dia kerana
berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Agaknya nak tunggu reward (pahala)
dari Allah cam lambat sangat (atau mungkin belum tentu dapat). So, bikin reward
sendirilah. Puas hati aku (opps, puas nafsu aku!!).
Bercakap pasal nafsu ni pulak, aku
rasa ianya memang sedara kembar siam dengan pesta. Tak boleh nak
dipisah-pisahkan lagi. Kalau dipisahkan jugak, alamat ‘merana’lah badan.
Cuba kita tengok senarai panjang
keperluan menyambut raya yang nak dan dah kita selesaikan. Biskut dan juadah
raya dah siap? Sofa dan langsir raya dah berganti? Hiasan rumah dah bertukar?
Dinding dah bercat? Baju kasut pak, mak dan anak-anak dah ready? Ish, macam-macamlah
senarai panjang tuntutan nafsu yang harus (er... wajib sebenarnya) kita
selesaikan menjelang pesta raya nanti.
Yelah, selama ni kita datang ke pesta,
kita jadi pengunjung tapi kali ini kita jadi tuan rumah dan masing-masing boleh
kunjung mengunjung ke tapak pesta (rumah) orang lain. Time tulah nafsu
akan jadi penguasa atau raja dalam rumah kita. “Buat biskut ala kadar aje lah,
raya ni meriahnya sehari dua aje”, kata hati. “Ohh, jangan-jangan!! nanti malu
ditengok orang. Rumah orang lain biskut tak muat meja, takkan biskut kita 2 – 3
jenis jer?” jeritnafsu tak bersetuju. “Hiasan
dinding tu kita pakai yang sedia ada sudahlah, kita cuci dan lap sikit nampaklah
macam barang baru,” bisik hati. “Alaa, tak bestlah. Orang lain semuanya
bertukar barang baru, hiasan baru, langsir sofa baru, perabut baru, kita
seorang jer nak guna yang lama. Eii malu kat jiran,” protes sang nafsu. Hai,
sungguh bagai dikata.
Baik rumah tuan besar atau tuan
kecil, bila mari raya aje, rumah mesti tip top. Persiapan rumah tuan besar gaya
tuan besarlah. Persiapan rumah tuan kecil pun gaya tuan besar jugak!! Tak mau
mengalah. Itulah bahana penangan nafsu.
Maka 1 syawal pun datang. Pesta
lagi kita. Bukan sehari dua, tapi 30 hari genap. Malah kadang-kadang sampai
terbabas syawal masuk Zulkaidah pun kita masih sambut pesta raya lagi. Ya, atas
nama mengeratkan ukhuwah dan siratulrahim, kita terus berpesta makan dan makan.
Kadang-kadang terasa tidak lengkap pesta Syawal kita kalau tidak buat open
house. Gitulah hebatnya kuasa pesta. Klik di sini untuk tip sketsa rumahtangga Hj Bad ✻
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.