Jumaat, September 28, 2012

Suami ‘hantu’ Bola


‘Satu bola, Satu Malaysia’ 
Apabila datang musim EPL, rata-rata orang bercakap pasal bola. Hantu bola bercakap pasal bola. Hantu cerita hantu dan tahyul bercakap fasal bola. Hantu telenovela pun bercakap pasal bola. Akhbar, TV, radio dan segala media berbicara dan bersembang pasal bola.
Budak-budak dari tadika hingga remaja bercakap tentang bola dan bermain bola. Padang dan lorong yang sebelum ini sepi, kini penuh dengan budak-budak bermain bola. Ibu-ibu pun tidak perlu bersusah payah mencari anak teruna ke mana menghilangnya. Cari saja di padang bola, pasti jumpa. Tak pun cari kat kedai mamak yang ada skrin TV besar .InsyaAllah ada.
Itulah kuasa bola. Kuasa yang mampu menyatukan semua jenis manusia yang berbeza latar budaya, bangsa dan agama. Boleh duduk semeja menjerit melolong dengan semangat ‘Satu Malaysia’.

Bermadu dengan bola
Namun, mengapa bola dikatakan boleh menjadi punca perbalahan malah perceraian antara suami dan isteri yang sedang asyik maksyuk bercinta? Pelik, ya?Apakah isteri tidak boleh menerima sifat fanatik dan gila suami terhadap bola? Apakah isteri tidak rela dimadukan suami dengan bola? Apakah isteri tidak boleh terima hakikat utuk tempoh beberapa bulan pesta bola itu , suaminya hanya tahu cakap bola, tidur bola, peluk bola dan makan bola? kalau tiba musim Piala Dunia jangan cakaplah...

Ada gaya macam pengadil FIFA tu tak?


Love love gitu…. Piala dunia
Sering juga saya dengar rungutan para isteri yang suaminya berkhemah
depan TV tatkala musim Piala Dunia. Saya cakap, apa salahnya. Bukanya selalu pun. Hanya sekali dalam
masa empat tahun. Berkhemah pun bukan di tengah hutan atau di tengah kota. Di ruang tamu saja. Alaa … itu pun tidak boleh kompromi? 
Kita tengok drama hantu tahyul Melayu, lepas tu drama cinta Korea, Vietnam dan Tibet setiap hari selama bertahun-tahun, tidak ada pula para suami yang merungut. Maka apa salahnya izinkan dia berkhemah di depan TV, sebulan saja. Sepatutnya raikan lagi minatnya itu dengan membekalkan minuman atau snek ringan untuknya. Kalau tidak pun, temankan dia berkhemah bersama-sama depan TV. Baru ada love.
Mulakan dengan bola
Bagi saya kedatangan Piala Dunia ada bagusnya juga. Bukan calang-calang orang yang boleh bangun seawal jam dua tiga pagi bersengkang mata tengok bola. Hantu bola sejati saja yang sanggup bangun awal pagi untuk tonton bola. 
Esoknya dia bangun pagi pergi kerja steady saja tanpa ada rasa mengantuk. Cuma, kalau boleh janganlah bangun malan semata-mata hendak tengok bola. Jom kita buat perubahan sikit. Apa kata kita awalkan sikit jam loceng, contohnya 20 minit lebih awal. Masa 20 minit tu gunakanlah untuk solat tahajud, solat taubat ataupun solat hajat. Paling-paling lekeh pun, masa rehat 10 minit tu kita buatlah solat sunat dua rakaat. Baru ada peningkatan.
Saja-saja nak bangun tengah malam buat solat tahajud mungkin kita rasa susah. Jadi peluang keemasan musim Piala Dunia wajar kita gunakan sebaikya. Lebih bagus kalau dapat kejutkan isteri untuk bersama-sama buat solat malam. Barulah ada true love.
Sampai bila kita nak persembahkan amal ibadah tahap biasa-biasa kepada Allah? Marilah kita buat sedikit peningkatan terhadap amalan kita. Kita lazimkan buat solat malam kerana ia adalah tradisi salafussoleh. Kita mulakan dengan musim bola. Mengapa tidak?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.