Jumaat, September 13, 2013

Tak Kan Itu Pun Nak Kecoh Bang!

Malam itu selepas solat Maghrib di pejabat, aku memandu pulang. Untuk mengelak kesesakan jalan raya saban petang, aku lebih suka pulang lewat - lebih tenang. Walaupun tenang, perut tetap berkeroncong.

Dalam hati sudah terbayang makanan panas yang sedia terhidang atas meja. Ya, mestilah disediakan oleh
isteri tersayang. Sampai rumah tengok-tengok isteri sedang tidur. Hmmp, awalnya tidur. Saat ini syaitan pantas mengipas.

“Apa punya isteri daa. Orang balik, lapar nak makan dia pergi tidur pula. Hiih, ni yang aku panas nih!” bisik syaitan.

“Ntah, kot ya pun nak tidur sediakanlah makan malam untuk suami dulu. Hmm, macam ini tak layak jadi isteri solehah ni!”

Ahh, macam-macamlah mengarutnya syaitan ni. Saja jer nak menambah suhu di hati aku yang sedia panas.

Tapi ... sebagai orang lama aku tak cepat melatah. Aku cuba putar jarum jam ke belakang, apa agak-agaknya yang membuatkan isteri aku tertidur awal. Ya, pastinya keletihan selepas seharian menguruskan rumah dan anak-anak yang bersekolah. Putar jarum jam lagi, sebenarnya Allah nak bagi pahala sabar pada aku. Itu pun kalau aku lulus ujian sabar.

Dapatkan majalah Anis. Klik di sini

Jadi, sambil memujuk hati agar sabar dengan ujian berat ini, (berat ooo ...) aku ke dapur untuk menyeluk periuk. Boleh sebenarnya. Bukan susah mana pun memanaskan lauk dan menceduk nasi sendiri. Cuma
gaya seorang lelakilah. Tiada seni kulinari. Janji makan.

Khamis, September 05, 2013

Sebenarnya Saya Suami Chef

Klik sini
Sejak akhir-akhir ini aku semakin teruja dengan rancangan berbentuk masakan yang disiarkan dalam TV. Gaya persembahan yang pelbagai apatah lagi hos rancangan yang kreatif bermain dengan pelbagai bahan di atas meja membuatkan aku pun turut terpegun dan sama-sama terpacak depan TV bersama isteri dan anak-anak. Secara tak langsung ia berjaya mengubah dimensi penonton terhadap dunia masakan. Isteri aku pun tak terkecuali.

Ahad minggu pertama setiap bulan (waktu ini poket masih penuh), aku akan membawa isteri dan anak-anak shopping keperluan bulanan. Untuk meraikan isteri, aku suka menolak troli ke arah lain dan isteri sama anak anak perempuan menolak troli ke arah sudut kegemaran mereka – barangan dapur. Di sana aku bebaskan dia untuk meneroka apa saja – mengikut kadar bajet dan tanpa gangguan suami yang kira nak balik cepat jer ...
Alhamdulillah. Saya memiliki isteri yang tak pandai ilmu gosip dan sembang tepi tingkap. Apatah lagi ilmu
bergayut di laman sosial dan sebagainya. Yang dia suka adalah berfantasi dengan 1001 macam resipi air tangan chef-chef terhebat dan bereksperimen dengan makmal dapurnya. Aku pun tak tahu apa masakan yang dia tak tahu buat. Seolah-olah apa yang aku suka makan semuanya dia tahu buat. Heh ... heh, tu yang sayang tuu ... (pssst! Jangan habaq mai kat dia naa ...) Yang pasti sejak tiga tahun kebelakangan ini aku lebih cerewet fasal pemakanan. Yalah, dah tua-tua ni makan kenalah yang berkhasiat dan sihat. Dan dalam hal ini isteri aku bukan saja berjaya menyediakan resipi yang menepati citarasa sihat aku malah persembahan kulinari gaya master chef lagi. Kurang minyak, gula dan garam. Kurang lemak, daging dan ayam. Lebih ikan, sayur, serat dan ulam.

Bacaan lanjut sila dapatkan Majalah Anis keluaran September yang sudah berada di pasaran.

Jumaat, Ogos 16, 2013

Bersama Prof Kamil dan Penulis Buku Ilmu Kehidupan Ahad Ini

Inspirasi semua


Tarikh: 18 Ogos 2013 Ahad
Masa: 2pm - 4pm
Tempat: SACC Mall

Bersama barisan penulis :
1. Prof. Muhd Kamil Ibrahim
2. Pn. Roza Roslan
3. Tn. Mohd Zaini Ariff
4. Tn. Sabtu M Ali
5. Pn. Noor Azma Mohamad Khassim

Dapatkan buku ini di pasaran (klik untuk paparan besar)
Kepada anda yang berkelapangan pada ahad ini, boleh hadir ke SACC Mall dan dengarkan sketsa daripada kelima-lima penulis buku ini.

Pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh anda dapatkan daripada Prof Kamil dan rakan penulis beliau. Saya galakkan suami dan isteri untuk hadir dan dapatkan rahsia-rahsia kebahagiaan mereka dalam melayari alam rumahtangga.

Semoga bermanfaat.

Rabu, Jun 12, 2013

Peluang Menjadi Penulis Galeri Ilmu Kini Terbuka

Bayangkan jika anda menjadi seorang penulis yang menjadi penyambung pahala kepada orang lain. Selain daripada menulis anda terus menghasilkan karya-karya berkualiti dan diterima ramai.

Bukan sahaja pahala terus bertambah tetapi dapat terus aplikasikan ilmu tersebut kepada orang lain. Untuk menulis bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi untuk menerbitkan karya ia sesuatu yang perlu dipelajari.

Adakah anda meminati penulisan novel kreatif? motivasi? agama? tetapi anda buntu bagaimana untuk bermula?

Kini pelaburan untuk anda menghasilkan karya sudah terbuka.

Dengan barisan penyampai seperti Ummu Hani Abu Hassan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, disertai barisan editor Galeri Ilmu Media Grup seperti Haji Zakaria Sungib, Tuan Nasri Nasir, dan Tuan Amir Abd Hamid, ini nyatanya sebuah Bengkel Intensif yang dinanti-nanti ramai!

Apa yang peserta akan dapat:

Surat tawaran untuk menerbitkan karya bersama Galeri Ilmu (pastinya pelaburan anda berbaloi)
Sijil penyertaan
Akses ke group ‘novel dakwah’ dan berinteraksi bersama editor secara langsung
Buku ‘Relasi’ daripada Tuan Hilal Asyraf
Peluang untuk berdiskusi bersama editor untuk karya seterusnya

Nota: Anda dibantu sehingga karya anda berjaya diterbitkan oleh Galeri Ilmu! Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang berminat berkarya bersama Galeri Ilmu.

Kepada anda yang sudah mempunyai manuskrip tersedia atau idea yang sedia untuk dikembangkan, kami adalah tempatnya.

Daftar sekarang, tempat terhad!

Penyertaan ini terbuka kepada semua.

Klik di sini



Isnin, Mei 27, 2013

Pesta Buku Selangor 2013 - Apa Buku Idaman Anda?

Pesta Buku Selangor 2013 sudahpun masuk pada hari keempat. Kepada anda yang sudah hadir ke pesta buku dan mendapatkan buku idaman, tahniah saya ucapkan.

Tahniah kerana berjaya hadir ke pesta dan menjadi salah seorang pembaca yang memberi sumbangan kepada sektor perbukuan negara.

Kepada ibu bapa yang buntu mahu membawa anak mereka ke mana, boleh datang ke Pesta Buku Selangor 2013 dan belikan mereka buku atau komik seperti Komik Godaan Syaitan. 

Untuk yang mencari buku tentang panduan rumahtangga yang santai boleh dapatkan karya saya iaitu, I love u too dan Hi darling'.

Kepada anak-anak yang merasakan berhibur dengan rakan itu seronok, main game itu seronok, melepak itu seronok, sebenarnya datang ke Pesta Buku Selangor 2013 lebih seronok.

Di sana ada pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah. Manalah tahu kita ataupun anak kita dapat hadiah. Hadiah 'saya menang moto' (ikut iklan dalam televisyen)

Pelbagai acara menarik di pentas aktiviti

Komik godaan syaitan ada di rak Galeri Ilmu

Buku idaman anda ada di sini

Isnin, Mei 20, 2013

Pesta Buku Selangor 2013 - Jom Datang Bersama Keluarga Anda

Sempena Pesta Buku Selangor 2013 pasti ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke sana disebabkan cuti sekolah bermula.

Jadi untuk Pesta Buku Selangor 2013, saya menjemput ibu bapa semua untuk mendapatkan karya berkualiti daripada Galeri Ilmu seperti Anekdot Madinah tulisan Prof Kamil, Aroma Antara Benua, Puan Roza Roslan serta macam-macam lagi.

Kepada guru-guru di kawasan Lembah Klang dan luar Lembah Klang, jangan lupa dapatkan bahan bacaan terbaik untuk dimasukkan dalam koleksi perpustakaan sekolah anda.

Untuk guru juga ada disediakan buku seperti Cikgu, Anak Saya Okey? oleh Tuan Zayu Hisham yang mendapat dalam kalangan guru dan ibu bapa.

Untuk itu, saya juga mengajak ibu bapa semua untuk mendapatkan karya saya iaitu Komik Godaan Syaitan yang kini sudah menjadi 12 koleksi setakat ini.

Terbaru adalah Hantu Internet dan Penghasut No. 1 yang baru sahaja berada di pasaran dan telah pun dijual semasa Pesta Buku Antarabangsa 2013 berlangsung.

Selain itu dapatkan juga karya-karya saya yang berkisar tentang sketsa rumahtangga.

Jumpa anda di sana dan dapatkan tandatangan ekslusif daripada saya.

Terima kasih.

Klik di sini

Jumaat, April 26, 2013

Apabila Pesta Buku Antarabangsa 2013 Bermula

Sempena Pesta Buku Antarabangsa 2013 yang bermula pada hari ini saya mengucapkan selamat mencari bahan bacaan bermanfaat kepada anda semua.

Disebabkan pada tahun ini slogan Pesta Buku Antarabangsa 2013 bertajuk 'Buku Menjana Kepintaran Kreatif' saya ingin mengesyorkan kepada anda untuk mendapatkan karya saya iaitu 'Hi Darling' dan 'I Love You Too' supaya anda semua lebih kreatif dalam berumahtangga.

Buku saya mudah disimpulkan kepada tiga bahagian:

1. Sketsa rumahtangga wanita

2. Sketsa rumahtangga tentang suami

3. Sketsa rumahtangga untuk anak-anak

Oleh kerana terdapat banyak masalah tentang rumahtangga, saya terpanggil untuk mengisi slot sketsarumahtangga di dalam majalah ANIS secara santai dan menghiburkan.

Kepada anda semua, jangan lupa dapatkan karya saya di Pesta Buku Antarabangsa dan dapatkan tandatangan ekslusif saya di sana.

Sambil tandatangan kita juga boleh bergambar dengan riang gembira.