Bukan tak ingat. Lupa jer… Aisey!
Macam mana boleh terpadam tarikh keramat tu dari handphone saya?
Patutnya tarikh tu disimpan dalam kepala, bukannya
simpan dalam handphone , diari atau buku nota. Sekarang dah hilang!
Patutkah saya tanya dia tarikh ulang tahun perkahwinan
kami? Apa punya suami daa! Sudah dua dekad kahwin, tarikh perkahwinan pun masih
tak boleh ingat?
Bukan tak ingat langsung. Cuma keliru kerana bulan tu
saja ada empat tarikh penting termasuk dua tarikh kelahiran anak-anak saya
(alasan!).Bagaimanapun, hero yang gentleman ni tak mudah mengalah. Pendek akal
bukan watak hero. Saya pantas menghantar pesanan ringkas kepada anak perempuan
yang belajar di sebuah kolej di utara Semenanjung meminta dia bertanyakan
ibunya tarikh ulangtahun perkahwinan kami.
“Jangan cakap abi yag suruh tanya, ya!” Saya
mengingatkannya.
“Bunga matahari boleh? Besar sikit,” saya membalas.
Jom dating? Akhirnya tibalah hari
ulang tahun perkahwinan kami. Saya masih membisu. Tak bersedia nak
mengucapkannya. Hmm … memang sahih saya melayu asli tulen. Perkara lain boleh
ucap terus terang tapi benda-benda berkaitan love-love macam ni memang berat
mulut nak ucap.Dari pagi membawa ke tengah hari. Dari tengah hari membawa ke
petang masih kelu lidah untuk berkata…..
Lebih tragis, esoknya ada jemputan majlis perkahwinan
sahabat karib anak saya. Saya terlupa langsung mengenainya. Lewat petang baru
saya sedar tentang jemputan majlis perkahwinan tersebut.
“Nak buat macam mana. Dah lupa …,” kata isteri saya.
“Jangankan kahwin orang, kahwin sendiri pun abang lupa tarikhnya!” sindirnya
tajam.
Adoiii! Malam itu selepas solat Maghrib saya mengajak
isteri keluar. “Kita makan-makan sikit. Sudah lama kita tak makan berdua.”
“Di mana?” dia bertanya.
“Mana-manalah, janji berdua!” saya menjawab sambil
membayangkan restoran besar tidak jauh dari perumahan kami.
Malangnya restoran besar tu pun jenis ‘sengal’ macam
saya juga. Apa tidaknya, oder itu tak
ada, order ini tak ada. Makanan yang
ditempah pun sampai lewat. Hampir-hampir satu jam! Lebih teruk, saya pesan
jangan masukkan udang dan sotong (sedang diet kolesterol katakan), diletaknya
juga. Hmm, kalau saya reject makanan
ni, dekat-dekat subuh baru sampai order baru agaknya. Bikin rosak saya punya anniversary daa.
“Nanti kita cari restoran lainlah. Kita re-celebrate,”
saya memujuk.
“Tima kasih, Ling!” (eii, geli geleman aku…) Saya bukan gemar nak cerita kisah anniversary yang kantoi ni. Cuma saya nak cerita secebis kisah
seorang suami veteran yang sedang bertatih-tatih untuk belajar menghargai
setiap pengorbanan isteri. Bertatih dan belajar menyebut ‘terima kasih’ apabila
isteri menghulurkan secawan kopi. Bertatih dan berkata I’m sorry apabila bersalah pada isteri. Bertatih dan belajar menyebut
happy birthday to you sambil
menghulurkan sekotak coklat untuknya. Bertatih dan belajar memimpin tangannya
apabila melintas jalan dan macam-macam lagilah.
![]() |
Anak: Menangis.... |
Dalam usia perkahwian yang mula mengorak dekad ketiga
dan anak-anak pun sudah berderet-deret, banyak perkara yang saya abaikan.
Memang perkahwinan kami tidak banyak pancaroba dan ranjau duri, tapi ia juga
tidak meriah dengan detik-detik indah untuk dikenang bersama. Hampir semua
detik-detik indah kami adalah bersama anak-anak. Kalau bersama anak-anak sudah
tentu tidak ada eksklusifnya. Maksudnya, eksklusif untuk saya dan dia. Kalau
ada pun cubaan sedemikian, ia perlu dirancang begitu rapi supaya tidak bocor ke
pengetahuan anak-anak terutama si kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.