Zaman ini bukannya senang nak buat
kenduri kahwin. Belanja kahwin bukannya sikit-sikit. Kenduri kahwin bukannya boleh
buat ala kadar. Kalau sanggup tebalkan telinga dengar pot pet kaum keluarga
atau kerabat termasuk keluarga mentua, bolehlah buat ala kadar. Kalau tidak
sanggup, buatlah macam mana orang lain buat. Kalau orang lain berhabis
berpuluh-puluh atau beratus ribu ringgit, kita pun kena buat macam itu juga.
Kalau orang lain ada tema Arabian night, kita buatlah Indian Night. Kalau orang
sewa pakaian sedondon warna oren, kita ikut sajalah tapi carilah warna
pink-pink pula.
Hai memang tension dibuatnya. Buat kecil-kecilan, orang mengata.
Buat besar-besaran, silap sedikit pun orang mengata juga. Udah bagi makan free
pun nak mengata lagi…
Memang orang kita, bab nak kahwinkan
anak memang tidak pandai buat ala kadar. Sanggup berhabis, bergolok bergadai
demi nak memastikan majlis perkahwinan tu mendapat markah A+ atau markah penuh
100 peratus daripada para juri dan hakim yang terdiri daripada tetamu yang
datang. Agaknya, itulah sebabnya ada orang kita buat kenduri kahwin pada Hari Raya.
Tidak perlu susah-susah nak menghias rumah, tukar sofa dan langsir
berkali-kali. Kill two birds with one stone, kata peribahasa barat. Jimat batu…
Bior
pape asal bergaya. Bidalan ini cukup sinonim dengan orang kita bila ada majlis
kahwin.Sudahlah hantaran kahwinnya mahal, belanja buat majlisnya, ya
ampuun,macam nak kahwinkan anak raja. Bukannya apa, saja nak beritahu orang
yang kita mampu buat majlis kahwin besor-besor. Sekurang-kurangnya dengan
majlis kahwin besor-besor ni lengkap dengan berbagai kejutan itu dan ini, orang
pasti akan seronok bercerita.
Cerita yang best-best pastinya. Kita sebagai tuan
rumah seronok mendengar puji-pujian orang ni. Rasa hilang penat buat majlis
kahwin apabila endingnya mendapat pujian bertalu-talu dari para hadirin. Lauk
sedaplah, warna tema cantiklah, mempelai bagai pinang dibelah dualah, hiasan
bilik pengantin voguelah dan berbagai pujian lagi adanya.
Apa
kelass telur rebus
Setiap kali ada majlis kahwin, kita akan lihat berbagai-bagai inovasi dan ciptaan serta kejutan baru dibuat oleh orang-orang kita. Hadiah telur rebus sudah diambil alih oleh kek, biskut, gula-gula, cupcakes dan entah apa-apa lagi. Mak andam kampong dipersila ambil cuti tanpa gaji, artis mekap sila tampilkan diri. Penanggah dan gotong-royong tak diperlukan lagi, khidmat catering lebih disenangi. Kalau depan rumah tak muat, mari kita buat majlis di dewan orang ramai. Kalau terlebih duit, boleh buat di hotel. Barulah nampak kelas. Ini belum lagi bab khidmat jurugambar dengan kamera besar (lagi besor kameranya, lagi nampak professional gitu). Kalau tak cukup, tambah pula dengan kamera video, khidmat flower girls dan kek tiga tingkat lagi!
Setiap kali ada majlis kahwin, kita akan lihat berbagai-bagai inovasi dan ciptaan serta kejutan baru dibuat oleh orang-orang kita. Hadiah telur rebus sudah diambil alih oleh kek, biskut, gula-gula, cupcakes dan entah apa-apa lagi. Mak andam kampong dipersila ambil cuti tanpa gaji, artis mekap sila tampilkan diri. Penanggah dan gotong-royong tak diperlukan lagi, khidmat catering lebih disenangi. Kalau depan rumah tak muat, mari kita buat majlis di dewan orang ramai. Kalau terlebih duit, boleh buat di hotel. Barulah nampak kelas. Ini belum lagi bab khidmat jurugambar dengan kamera besar (lagi besor kameranya, lagi nampak professional gitu). Kalau tak cukup, tambah pula dengan kamera video, khidmat flower girls dan kek tiga tingkat lagi!
![]() |
"Tolong jangan lupa saya"... |
Bayangkan saat ekonomi tak berapa menentu, perit rasanya untuk si teruna dan si dara menyimpan beribu-ribu ringgit semata-mata nak kahwin. Selagi tak cukup duit, selagi itulah deadline kahwin tidak dapat ditetapkan. Nak menyimpan tu bukannya boleh sikit-sikit atau main-main. Takkan nak tunggu usia lanjut baru kahwin. Kalau si teruna tu mungkin boleh tunggu, tapi sanggupkah si dara sama-sama melanjutkan usia semata-mata nak tunggu duit si teruna cukup di bank? Kalau si dara sanggup pun, keluarganya bagaimana pula? Rasa-raanya, tidak sekali-kali mereka sanggup.
Saya rasa sudah sampai masanya pihak tertentu mempromosikan
kahwin beramai-ramai ni di kalangan orang-orang kita. Jadikan ia program
tahunan. Lebih baik kalau dapat dijadikan sebagai daya tarikan pelancong. Lebih
ramai kahwin, lebih baik. Banyak belanja boleh dijimatkan kalau mereka
dikahwinkan secara beramai-ramai. Kalau ada baki duit tu bolehlah mereka
gunakan untuk membina keluarganya.
Di luar negara sudah banyak orang buat majlis kahwin beramai-ramai
ni. Yang buat tu negara maju.Bukan Negara dunia ketiga atau Negara mundur.
Tidak ada rasa malu pun! Kalau pihak atasan tak mahu tolong meringankan beban
anak-anak muda ni, pada siapa lagi mereka nak bergantung harap? Kiri kanan atas
bawah, gejala sosial seperti seks bebas melanda dan menekan anak-anak muda kita tanpa
dapat dibendung dan ditepis. Semua itu dapat diringankan dan diubati jika mereka
berkahwin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.