Biasanya, waktu Maghrib saya tidak ke surau. Saya berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Kehadiran wajib kecuali yang ada
“Apa yang dikata negara Islam?” saya memulakan soalan sebaik mereka
berkumpul.
Soalan itu sedikit mengejutkan lagi mengelirukan bagi mereka. Belum
pernah saya memulakan kuliah dengan soalan, apatah lagi soalan pengetahuan am
seperti itu.Yang kecil melopong, yang besar panjang pun bingung. Memang aku
tahu mereka tak boleh jawab punya.
Ketika mereka masih terpinga-pinga mencari jawapan, saya bertanya
lagi, “Apa itu mentaliti negara Islam dan masyarakat Islam?”
Sekali lagi mereka terpinga-pinga.
Dipendekkan cerita, selepas menjelaskan definisi negara Islam dan
masyarakat Islam, saya mengaitkannya dengan perkembangan dalam negeri (dalam
rumah tangga sayalah tu).
Memang mencabar nak membentuk dan mengekalkan
mentaliti masyarakat Islam dalam minda anak-anak ni. Baru sekejap tadi ibunya
mengemas ruang tamu, sekarang sudah bersepah semula. Baru saja malam tadi saya
mencuci bilik air, sekarang sudah berkecah kembali.
![]() |
Alahai punya la kontot |
Baru saja ibunya
membersihkan dapur- menyusun cawan, pinggan dan periuk, habis disusun semula perkakas
dapur tu. Cawan tepi TV, mug bawah katil, pinggan bertimbun di sink. Bilik
tidur sekejap kemas, sekejap lagi berselerak. Di celah-celah sofa macam-macam
benda boleh jumpa. Ada
pensel kontot. Ada
sudu dan garpu. Ada
pembungkus jajan. Ada
plastik aiskrim 20 sen. Anggota badan robot mainan pun ada. Malah kalau nak
cari alat kawalan jauh TV yang entah ke mana hilangnya, tempat favourite yang saya gagau dulu adalah di
celah sofa. Insya-Allah jumpa.
Sejuk
mata ibu memandang…
Sesekali apabila kena tarbiah macam ni,
okey sekejap anak-anak ni. Ibunya pun bangga tengok anak terunanya rajin
mengemas katil tanpa disuruh, membuang sampah di tempat yang sepatutnya,
memadamkan lampu dan berjimat cermat menggunakan elektrik dan air. Anak daranya pula tahu apa nak dibuat di
dapur tanpa arahan formal. Si kecil dua, tiga orang tak perlu dileteri lagi,
pandai mencuci kasut sekolah setiap hujung miggu. Bilik air pun selalu berkilat
lagi harum baunya bagaikan bilik air di hentian rehat dan rawat (R&R) di
lebuh raya.
Sejuk mata ibu dan ayah memandang suasana begitu. Sayangnya, apabila
sudah lama tak ditarbiah, semangat tu perlahan-lahan luntur dan pudar kembali.
Sekali lagi saya panggil mereka untuk kuliah maghrib fasa dua (dan pasti ada
fasa seterusnya).
Tekankan lagi perihal pentingnya kita memiliki mentaliti
mesyarakat Islam yang bersih dan tersusun dalam semua bidang kehidupan.
Rasulullah sudah menunjukkan kepada kita betapa Islam mampu mengubah tamadun
Arab yag rosak kepada peribadi-peribadi yang hebat mental dan spiritual dalam
waktu tidak sampai 20 tahun.
Begitulah anak-anak, kena selalu ditarbiah. Bagaimanapun ada satu
cara supaya anak-anak tu rajin mengemas rumah dan mencuci bilik air dengan
segera tanpa perlu kuliah atau tarbiah. Begitu saja pak cik, mak cik serta
sepupu mereka nak datang berziarah petang ni… insya-Allah awal-awal lagi rumah
saya kemas dan teratur mereka kerjakan. Alangkah baiknya kalau pak cik dan mak
cik mereka datang setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.