Jumaat, Oktober 19, 2012

Audition Calon Suami


Kadang-kadang saya cuba untuk memahami perasaan dan jiwa halus orang perempuan (anak dara) yang akan menempuh alam perkahwinan. Tentulah berdebar-debar memikirkannya.

Berkahwin dengan siapa? Macam mana? Boleh bertahankah? Semua persoalan itu pastinya bermain-main dan berlegar-legar dalam kepala kita. Yalah, dulu (zaman saya muda-muda) banyak perkara yang boleh dipermudahkirakan.

Belajar lebih kurang pun dapat masuk universiti. Hendak berkahwin pun begitu juga. Berunding lebih kurang dengan bakal keluarga mentua....dah boleh kahwin.

Sekarang semuanya sangat mencabar. Bukan saja berebut-rebut hendak panjat tangga menara gading dan selepas itu hendak cari pekerjaan, hendak cari teman hidup lagilah payah. Memang betul-betul mencabar.
Kita berkenan dengan orang, orang tak minat dengan kita. 

Kita meluat pada orang, orang tergila-gilakan kita. Kita jual mahal dengan harapan pemuda itu keep on trying (adab orang timurlah katakan), orang langsung tawar hati dan kata, ‘Hi, hi...bye, bye!’. Kita jual murah sangat, orang kata barang ‘low quality’, sekali petik dah dapat! Kita mahukan bakal pasangan hidup yang beriman dan warak, tapi yang datang itu imannya tinggal kerak.

Mak: Mana resume bakal suami kamu?
Anak: Resume dia......errrr....rereerere....


Kadang-kadang ada keluarga yang faham syariat, jadi bila dapat calon yang sesuai tentulah hendak dipermudahkan dan disegerakan perkahwinan itu, tapi keluarga terdekat pula yang buat kecoh.
“Letakkan harga mahal sikit, ingat anak kamu tu janda ke?” inilah antara kata-kata hikmat yang selalu buat kita serba salah. Itu belum cerita fasal 1001 teknik dan taktik licik yang diguna pakai oleh sang pria untuk memikat sang dara.

Dari teknik ‘main ayat’ yang bisa menggetar sukma, bait-bait puisi tangkap lentok dari SMS, chit chat yang bisa melendoq urat saraf sehinggalah teknik konvensional yang masih releven dan masih ada kesan iaitu melaram dengan barang pinjam-tak kisahlah kereta pinjamkah, kasut ‘branded’ pinjam-kah....janji jerat mengena.

Semua ini membuatkan orang perempuan kena berhati-hati terhadap profil calon-calon yang mencuba untuk ‘audition’. Bukan apa, risau silap pilih apatah lagi bila calon sudah ‘shake hands’ dengan tok kadi, semuanya jadi payah dan sukar.

Yang punya hajat: Saya datang sebab mahu meminang
Tuan penerima hajat: HAH, KAMU???
Tapi kita sebagai seorang Islam, kenalah yakin sungguh-sungguh, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jangan sesekali membelakangkan Allah dan syariatn-Nya dalam soal mencari teman hidup ini.

Di samping mengeratkan hubungan dengan Allah, ada banyak petua yang tekah dikitabkan untuk kemudahan kita mencari jodoh yang sesuai. Jangan hanya hendak cuba petua-petua moden yang datang dari luar saja. Semua itu nampak mudah dapat, tapi ingat....cara itu tak berkat. Bila tak berkat, semuanya jadi berselirat dan payah hendak dibuat.

Untuk membaca artikel sketsa rumahtangga, klik dan dapatkan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.