Selasa, Oktober 23, 2012

Ke Mana Hilang Spesial Service Isteri?

Bibik oh bibik!”

Saya rasa kisah orang gaji atau pembantu rumah yang sering kita panggil bibik (kalau datang dari seberang) ini sudah banyak diceritakan-sama ada dalam drama TV, cerpen, majalah, akhbar dan sebagainya. Kisah suka duka sebegini memang tidak perlulah saya perpanjangkan di ruangan ini kerana orang perempuan tentu lebih arif dan mahir dengan cerita-cerita macam ini.

Yang saya mahu ceritakan di sini ialah kisah yang orang perempuan kita tahu, tapi kurang sedar, iaitu kisah pembantu rumah yang sudah mengambil alih jawatan ‘spritual’ ibu dan isteri dalam rumah tangga kita.

Memanglah tidak salah kalau PR (pembantu rumah) ni buat kerja-kerja rumah seperti membasuh, memasak, memandikan anak, menghidangkan makanan, seterika baju dan sebagainya, tapi itulah....berkat air tangan ibu dan isteri itu sudah semakin hilang dan terhakis dalam rumah tangga kita. Sekali imbas, perkara ini kelihatan kecil saja, tapi perkara kecil inilah yang memberi kesan besar terhadap pelbagai hal dalam rumah tangga kita!

Kalau anak-anak sudah tidak dapat lagi merasai kehadiran ibu bapa dalam rumah, suami sudah tidak dapat lagi merasai kewujudan isteri dalam rumah tangganya, apa maknanya rumah tangga itu?

Saya nak bibik jugak! ibu dan abah tak mahu!
Bayangkan, anak-anak hanya dapat merasai belaian ibu ketika di dalam perut saja, selepas lahir hampir tiada lagi campur tangan ibu dalam hidupnya. Buburnya, bibik yang buatkan dan suap ke mulutnya. Berak kencingnya, bibik yang cucikan. Mandinya, sikat rambutnya, pakai bajunya dan hantar ke pagar rumah untuk tunggu van ke tadika pun bibik yang lakukan. Malah adakalanya temankan anak selesaikan homework dan tidurkan anak pun tugasan bibik juga! Apa akan jadi pada anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

Okey, mari kita lihat perihal lelaki yang kita panggil suami pula. Walaupun dia sudah besar panjang dan tidak memerlukan kita lagi dalam urusan sehariannya (kecuali urusan tertentu), kita sebagai isteri perlu memastikan dia ‘diikat’ dengan sentuhan emosi tangan kita. Tidak bolehlah kita semudah itu berlepas tangan dan memniarkan PR atau orang lain menangani dan memenuhi keperluan lahirnya.

Kita pun tahu, kuasa sentuhan emosi melalui masakan, hidangan dan sebagainya itu adalah pengikat paling ampuh untuk menambat hati suami. Lama-kelamaan, bila sentuhan emosi itu dah banyak diambil alih dan dialirkan ke tangan orang lain, maka tak hairanlah jika kasih sayang yang dipupuk dan dibaja selama itu tumpah pula ke tangan orang lain. Siapa? Bibik? Setiausaha? Atau barangkali mamak teh tarik?

Dulu sebelum kahwin, rajin pula kita masak-masak untuk dia, hidangkan makanan untuk dia, layan itu dan ini, sebaliknya bila dah kahwin, ke mana perginya semua layanan yang istimewa itu? Perlu diingat, orang lelaki ni mulutnya di hati. Jarang dia complain pasal ‘poor service’ isterinya. 

Suami: Ini isteri akukah yang masak atau bibik?
Kadang-kadang dia sendiri pun tak persaan sebab namanya pun ‘spiritual service’. Maka jadilah ia macam penyakit barah, payah nak dikesan dengan mata lahir, tapi bila dah serius sukarlah hendak mengubatnya.

Untuk mendapatkan koleksi artikel Hj Badrul Hisham Shari sila klik di sini.

2 ulasan:

  1. Rasa kekok kalau ada bibik, kehidupan peribadi bagai dikongsi dengan orang lain. Dan satu lagi memang sikap saya tak pandai mengarah itu ini. bagaimana sukar pun biarlah diselesaikan sendiri. Mungkin kerana saya orang kampung dan dah terbiasa dengan kesusahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Puan Ainul Hamid boleh membaca buku psikologi yang mengajar kita mengarah secara tidak langsung.

      Saya juga tidak pernah ada bibik.

      Yang saya ada ialah isteri dan anak-anak di rumah tanpa gangguan 'orang asing'.

      Padam

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.