Jumaat, September 13, 2013

Tak Kan Itu Pun Nak Kecoh Bang!

Malam itu selepas solat Maghrib di pejabat, aku memandu pulang. Untuk mengelak kesesakan jalan raya saban petang, aku lebih suka pulang lewat - lebih tenang. Walaupun tenang, perut tetap berkeroncong.

Dalam hati sudah terbayang makanan panas yang sedia terhidang atas meja. Ya, mestilah disediakan oleh
isteri tersayang. Sampai rumah tengok-tengok isteri sedang tidur. Hmmp, awalnya tidur. Saat ini syaitan pantas mengipas.

“Apa punya isteri daa. Orang balik, lapar nak makan dia pergi tidur pula. Hiih, ni yang aku panas nih!” bisik syaitan.

“Ntah, kot ya pun nak tidur sediakanlah makan malam untuk suami dulu. Hmm, macam ini tak layak jadi isteri solehah ni!”

Ahh, macam-macamlah mengarutnya syaitan ni. Saja jer nak menambah suhu di hati aku yang sedia panas.

Tapi ... sebagai orang lama aku tak cepat melatah. Aku cuba putar jarum jam ke belakang, apa agak-agaknya yang membuatkan isteri aku tertidur awal. Ya, pastinya keletihan selepas seharian menguruskan rumah dan anak-anak yang bersekolah. Putar jarum jam lagi, sebenarnya Allah nak bagi pahala sabar pada aku. Itu pun kalau aku lulus ujian sabar.

Dapatkan majalah Anis. Klik di sini

Jadi, sambil memujuk hati agar sabar dengan ujian berat ini, (berat ooo ...) aku ke dapur untuk menyeluk periuk. Boleh sebenarnya. Bukan susah mana pun memanaskan lauk dan menceduk nasi sendiri. Cuma
gaya seorang lelakilah. Tiada seni kulinari. Janji makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.