Rabu, Oktober 10, 2012

Si Kembar ‘Pesta dan Nafsu’


Udah udah le pesta tuu...                                                                                              
Sebahagian orang menganggap bulan Ramadan sebagai bulan pesta. Mereka menyambutnya dengan begitu meriah. Sedangkan pada bulan ini Allah minta kita rehat daripada pesta dengan memberi sepenuh perhatian pada ibadah puasa pada siangnya dan tarawih pada malamnya. 
Namun mereka hendak pestakan juga. Kalau berpesta dengan ibadah dan amal-amal kebajikan tidak mengapa juga. Ini tidak, mereka berpesta makan, makan dan makan.
Kenapa skrip tak siap lagi ni?

Bikin reward sendiri lah!                                                                                               
Bayangkan, ada orang yang sanggup menghabiskan wang antara RM80 sampai RM150 sekepala hanya untuk menikmati juadah berbuka dihotel-hotel besar. Kononnya nak beri reward segera kepada diri kerana berjaya menamatkan ibadah puasa sepanjang hari.( kejayaan yang mudah dicapai oleh anak-anak tahap tadika ). Ya, bangganya dia kerana berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Agaknya nak tunggu reward (pahala) daripada Allah terasa lambat sangat (atau mungkin belum tentu dapat).
 “Oh, jangan pisahkan kami!”                                                                                   
Nafsu adalah ‘kembar siam’ kepada pesta. Tidak dapat dipisah-pisahkan lagi. Kalau dipisahkan juga, meranalah badan. Cuba kita tengok senarai panjang keperluan menyambut Hari Raya yang disediakan. Biskut dan juadah raya sudah siap? Sofa dan langsir raya sudah berganti? Hiasan rumah sudah bertukar? Dinding sudah bercat? Baju kasut mak, ayah dan anak-anak sudah beli ? Bermacam-macamlah senarai panjang tuntutan nafsu yang ‘wajib’ kita selesaikan menjelang pesta raya nanti.
Yalah, selama ni kita pergi ke mana-mana pesta, carnival dan konsert, kita jadi pengunjung. Kali ini kita jadi tuan rumah pula. Masing-masing berkunjung ke tapak pesta (rumah) orang lain. Masa itulah nafsu akan jadi penguasa atau raja dalam rumah kita.
“Buat biskut ala kadar sajalah, raya ni meriahnya sehari dua saja,” kata hati.
“Oh, tidak! Nanti malu dilihat orang. Rumah orang lain biskutnya tidak muat meja. Biskut kita tak kan dua jenis saja? Sekurang-kurangnya mesti dua meja penuh!” jerit nafsu .
“Hiasan dinding tu kita pakai yang ada sudah la. Kita cuci dan lap sikit, nampaklah macam baru,” bisik hati.
“Alaa … tak bestlah. Orang lain semuanya tukar barang baru. Hiasan baru, langsir baru, sofa baru, perabot baru. Kita saja yang guna barang yang lama. Eii … malu pada jiran,” protes sang raja nafsu.
“Raya ni kita beli pakaian untuk anak-anak je lah. Pakaian kita tak payah lah beli. Tahun lepas punya masih elok lagi rasanya”. Bisik hati.
“Eii, ada pulak cakap macam tu. Udah namanya Hari Raya, hari bergembira. Ini lah masanya nak tayang pakaian baru lagi vogue dan elegan gituu. Tak kan nak tayang pakaian baru sewaktu mensuarat PIBG atau waktu hadiri majlis kenduri pulak? Bergeliga otak  nafsu menjawab.
Baik tuan besar atau tuan kecil, pada hari raya nanti persiapan  rumah mesti tiptop. Persiapan rumah tuan besar gaya tuan besarlah. Persiapan rumah tuan kecil pun gaya tuan besar juga! Tak mahu mengalah. Bior papa asal bergaya!
 Raya sudah tamat daa!...                                                                                                     
Itulah bahana penangan nafsu. Maka 1 Syawal pun datang. Pesta lagi kita. Bukan sehari dua, tapi 30 hari. Malah kadang-kadang sampai terbabas ke bulan Zulkaedah, kita masih sambut pesta raya lagi.
Ya, atas nama mengeratkan ukhwah dan silaturahim, kita terus berpesta makan dan makan. Kadang-kadang terasa tidak lengkap pesta Syawal kalau kita tidak buat rumah terbuka. Begitulah yang berlaku apabila kita ikukan sahaja kehendak nafsu yang tidak mahu berpisah daripada pesta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.