Isnin, September 24, 2012

Apabila Abang Bikin ‘Foul’


Lelaki dan bola
“Feeewiitttt”. (ini bunyi wisel la) Suka tengok permainan bola sepak? Mungkin ramai dikalangan kita yang suka tengok walaupun yang minat gila bola sepak tu tak ramai. Umumnya mata kita akan bergerak mengikuti pergerakan bola yang ditendang ke setiap penjuru padang. Tapi ada juga yang suka tengok fizikal dua puloh dua orang jantan sasa kat tengah padang tu. Fizikal atlet la katakan……
Apa pun, mari kita tengok pula gelagat satu-satunya manusia paling berkuasa di atas padang bola. Siapa lagi kalau bukan pengadil. Cuba kita lihat mata pengadil dalam perlawanan bola sepak. Tajam dan cukup pantas. Sikit je pemain terbuat foul, pantas saja dia meniup wisel. 
Jarang ada pemain bola yang berani buat foul terang-terangan depan pengadil. Macam mana kalau mereka buat foul di belakang pengadil? Jangan! Dua penjaga garisan di tepi padang yang mempunyai sepasang mata ala bionic pantas mengangkat bendera dan memberi laporan kepada pengadil. 
Mereka ini diibaratkan macam private eye buat pengadil. Sikit-sikit repot, sikit-sikit repot. Tidak cukup dengan itu, kamera video di sekeliling padang sedia merakam setiap aksi pemain yang gatal nak buat foul. Memang mencari penyakit namanya kalau nak buat foul juga!

Susahnya mencari bukti
“Aduih, tergigit lidah lagi”. Itu kisah foul dalam padang bola. Bagaimana pula foul dalam rumah tangga? Oh, ada. Mesti ada. Kebiasaannya, seperti mana diatas padang bola, foul-foul kecil ni dimaafkan. Itu biasalah dalam bola sepak. 
Pengadil tak layan pun dengan foul kecil dan tak sengaja ni. Begitu jugalah didalam rumah tangga. Tak perlu diambil hati sangat dengan foul kecil-kecilan ni. Buat tak Nampak jer. Ibarat orang kata, ‘Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri’. 
Tapi kalau foul itu agak bahaya dan disengajakan, kad kuning akan dikeluarkan oleh pengadil serat merta. Buat foul kali kedua, terus dapat kad undangan keluar padang ( kad merah le tu). Tak boleh main dah. Atas padang bola bolehlah buat macam tu.
Dalam rumah tangga macam mana pulak? Kalau cik Abang asyik buat foul berkali-kali dan dibelakang cik Adik pulak, macam mana nak diadili? Masalahnya, para isteri tidak ada bukti yang jelas untuk layang kad kuning buat cik abang. Cerita suami bermain kayu tiga, buat hal dengan anak bini orang atau ke lokasi rahsia sering bertiup di cuping telinganya. Masalahnya, dia tidak ada bukti untuk disabitkan kesalahan.
 Aik? Pengadil kena kad merah? 
Jadi macam mana, ya? Tak kan nak ikut dan awasi ke hulu ke hilir dan ke mana saja suami pergi? Tak kan tiba-tiba saja nak buat spot check pada poket seluar dan kemeja suami, kalau-kalau ada tiket wayang atau apa-apa bahan bukti? Tak kan nak pasang dua tiga orang pengintip untuk mengekori pergerakan dan perbuatan suami yang mencurigakan, ala-ala pengadil bola yang mendapat bantuan penjaga garisan dan kamera video? Ah, tension betul kalau dapat suami begini! Kena betul-betul cermat dan berhalus kalau nak cari bahan bukti. Silap tarikh, kalau asyik main serkap jarang aje, kita pula yang dilayangkan ‘kad merah’. Lagi haru! Habis tu, apa yang patut dibuat?
Isteri: "Tiket wayang ini siapa punya abang?
Suami: Errrrr......
“Menjunjung perintah, Bang!”
Saranan saya sebagai orang lelaki, para isteri haruslah memainkan peranan memastikan cik-cik abang sentiasa terpenuh keperluan lahir batinnya. 
Bacalah buku-buku dan artikel bagaimana nak menambat hati suami.Jangan diawal-awal perkahwinan aja berusaha menambat hati suami. Bila perkahwinan dah semakin jauh dan rasa suami macam okay jer, tak perlulah ditambat lagi.Jangan!Menambat hati suami ni tugas sepanjang masa. 
Orang lelaki, walau sekeras mana pun hatinya, boleh cair dengan keperempuanan isteri. Orang lelaki umumnya lebih ego berbanding perempuan. Jadi ubat kepada ego suami, hormatilah dia sungguh-sungguh. Beri sepenuh perhatian.
Beri hati kita betul-betul dan berilah yang terbaik untuk si dia.Apa yang Rasulullah ajarkan buat para isteri dalam urusan mentaati suami, hendaklah kita ikut. Solat dan baca al-Quran jangan ditinggal. Doa khusus buatnya jangan di lupa. Tapi kalau kita sendiri liat nak sentuh tikar sembahyang atau al-Quran, susahlah sikit saya nak cerita…. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.