Biskut
hangus
“Ops, biskut tu tak elok, hangus, kena
asingkan. Biskut yang elok saja masukkan dalam tin. Yang hangus ni rezeki
kamulah waktu berbuka nanti.”
Itulah yang selalu dikatakan oleh ibu sewaktu membakar biskut
tatkala menghadapi Hari Raya Aidilfitri (pastinya didalam bulan Ramadan).
Biskut yang finest quality sahaja
layak untuk tetamu yang beraya nanti. Takkan nak jamu tetamu dengan biskut
hangus! Oh, tak mungkin...
Perut
dan mata mesti dijamu...
Nak tukar perabot, langsir, sofa, set
meja makan,kerusi,almari dan nak cat dinding baru pun pada bulan Ramadan juga.
Takkan rupa wajah rumah kita sama saja dari tahun lepas.
Rasa, rasa ada tak yang tukar atap untuk persiapan Hari Raya |
Nak bawa seluruh keluarga shopping raya pun didalam bulan Ramadan
jugak!. Tak jumpa pakaian yang dicari di pasar raya di sini, kita pergi ke
pasar raya di sana
pula. Tak habis shopping hari ini,
sambung esok pula. Tak cukup siang Ramadan, malam Ramadan kita korbankan.
Best
jugak shopping waktu malam dibulan puasa ni. Tak penat. Tak perlu berlapar
dahaga. Yang pasti, seluruh senarai panjang barangan keperluan berhari raya
mesti diselesaikan sebelum bermulanya Hari Raya. Hmm, banyaknya waktu emas
Ramadan yang kita curi dan rompak demi ‘kemuliaan Syawal’ kita. Dan sekali lagi
offer Ramadan yang hebat dan istemewa
kita abai dan lalaikan demi ‘kegemilangan Syawal’ kita.
Oi, tak
reti berfesyen kaa?
Pastikan
nak pergi berhari raya di rumah orang mesti pakai cantik-cantik. Anak dara kenalah
pakai baju kurung atau kebarung. Tudung
pastikan sedondon dengan baju. Jangan pula baju merah tudung hijau. Nanti orang
kata kita tidak reti berfesyen. Anak teruna pastikan pakai baju melayu lambang
kebanggaan bangsa. Lebih manis bersongkok di kepala. Kalau nak tayang kasut
raya baru, inilah masanya. Jangan selipar jepun diseret ke hulu ke hilir.
Satu lagi kena pesan betul-betul. Apabila bertamu di rumah orang
kena jaga adab-adab bertamu. Duduk kena bersopan. Makan kena bersopan.Bicara
pun mesti bersopan. Jangan lupa bersalam dengan Tok Wan, Pak Uda dan Mak Lang.
Mata jangan meliar. Tangan jangan sentuh sana
usik sini. Ini adalah syarat asas apabila kita bertamu ke rumah saudara-mara,
kerabat jauh dekat dan rakan taulan pada bulan Syawal yang mulia.
Hangus
+ low quality
Beginilah pesanan yang sering
diingatkan oleh ibu ayah kita dulu dan kita juga sering ingatkan kepada
anak-anak. Malangnya kita sering lupa dan buat-buat lupa adab-adab apabila kita
bertandang dan menjadi tetamu Ramadan! Ramadan menuntut kita memperbanyakkan
amal, perbanyakkan solat sunat, perbanyakkan zikrullah, perbanyakkan istighfar
dan doa, perbanyakkan selawat keatas junjungan Rasulullah, perbanyakkan baca
al-Quran, perbanyakkan muhasabah diri, perbanyakkan sedekah, dan macam-macam lagi.
Bukan sekadar itu, pahala
amal dibulan Ramadan diganda Ada kita buat bersungguh-sungguh? Kasihan, biskut finest quality kita persembahkan untuk
tetamu Syawal, tapi ibadah ‘hangus’lagi low
quality kita persembahkan untuk-Nya pada Ramadan yang penuh berkat
ini........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih membaca blog ini.
Menghargai anda sehingga bila-bila...
Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.