Rabu, September 12, 2012

Kisah Suami Veteran


Bukan tak ingat. Lupa jer… Aisey! Macam mana boleh terpadam tarikh keramat tu dari handphone saya?
Patutnya tarikh tu disimpan dalam kepala, bukannya simpan dalam handphone , diari atau buku nota. Sekarang dah hilang!
Patutkah saya tanya dia tarikh ulang tahun perkahwinan kami? Apa punya suami daa! Sudah dua dekad kahwin, tarikh perkahwinan pun masih tak boleh ingat?
Bukan tak ingat langsung. Cuma keliru kerana bulan tu saja ada empat tarikh penting termasuk dua tarikh kelahiran anak-anak saya (alasan!).Bagaimanapun, hero yang gentleman ni tak mudah mengalah. Pendek akal bukan watak hero. Saya pantas menghantar pesanan ringkas kepada anak perempuan yang belajar di sebuah kolej di utara Semenanjung meminta dia bertanyakan ibunya tarikh ulangtahun perkahwinan kami.

“Jangan cakap abi yag suruh tanya, ya!” Saya mengingatkannya.
Lima minit kemudian, anak saya membalas mesej memberitahu tarikh ulang tahun perkhwinan ibu dan ayahnya. “Abi jangan lupa hadiahkan sekuntum mawar merah untuk umi, tau!” sambung mesej ringkasnya.
“Bunga matahari boleh? Besar sikit,” saya membalas.
 Jom dating? Akhirnya tibalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Saya masih membisu. Tak bersedia nak mengucapkannya. Hmm … memang sahih saya melayu asli tulen. Perkara lain boleh ucap terus terang tapi benda-benda berkaitan love-love macam ni memang berat mulut nak ucap.Dari pagi membawa ke tengah hari. Dari tengah hari membawa ke petang masih kelu lidah untuk berkata…..
Lebih tragis, esoknya ada jemputan majlis perkahwinan sahabat karib anak saya. Saya terlupa langsung mengenainya. Lewat petang baru saya sedar tentang jemputan majlis perkahwinan tersebut.
“Nak buat macam mana. Dah lupa …,” kata isteri saya. “Jangankan kahwin orang, kahwin sendiri pun abang lupa tarikhnya!” sindirnya tajam.
Adoiii! Malam itu selepas solat Maghrib saya mengajak isteri keluar. “Kita makan-makan sikit. Sudah lama kita tak makan berdua.”
“Di mana?” dia bertanya.
“Mana-manalah, janji berdua!” saya menjawab sambil membayangkan restoran besar tidak jauh dari perumahan kami.
Malangnya restoran besar tu pun jenis ‘sengal’ macam saya juga. Apa tidaknya, oder itu tak ada, order ini tak ada. Makanan yang ditempah pun sampai lewat. Hampir-hampir satu jam! Lebih teruk, saya pesan jangan masukkan udang dan sotong (sedang diet kolesterol katakan), diletaknya juga. Hmm, kalau saya reject makanan ni, dekat-dekat subuh baru sampai order baru agaknya. Bikin rosak saya punya anniversary daa.
“Nanti kita cari restoran lainlah. Kita re-celebrate,” saya memujuk.
“Tima kasih, Ling!” (eii, geli geleman aku…) Saya bukan gemar nak cerita kisah anniversary yang kantoi ni. Cuma saya nak cerita secebis kisah seorang suami veteran yang sedang bertatih-tatih untuk belajar menghargai setiap pengorbanan isteri. Bertatih dan belajar menyebut ‘terima kasih’ apabila isteri menghulurkan secawan kopi. Bertatih dan berkata I’m sorry apabila bersalah pada isteri. Bertatih dan belajar menyebut happy birthday to you sambil menghulurkan sekotak coklat untuknya. Bertatih dan belajar memimpin tangannya apabila melintas jalan dan macam-macam lagilah.

Anak: Menangis....

Dalam usia perkahwian yang mula mengorak dekad ketiga dan anak-anak pun sudah berderet-deret, banyak perkara yang saya abaikan. Memang perkahwinan kami tidak banyak pancaroba dan ranjau duri, tapi ia juga tidak meriah dengan detik-detik indah untuk dikenang bersama. Hampir semua detik-detik indah kami adalah bersama anak-anak. Kalau bersama anak-anak sudah tentu tidak ada eksklusifnya. Maksudnya, eksklusif untuk saya dan dia. Kalau ada pun cubaan sedemikian, ia perlu dirancang begitu rapi supaya tidak bocor ke pengetahuan anak-anak terutama si kecil.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.