Selasa, September 18, 2012

Mari Kita Nikmati Kesukaran ini

Jom tumpang naik!                                                                                                              
Apabila harga pertrol naik suatu ketika dulu, perbelanjaan hidup terpaksa dijadualkan semula terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Walaupun kenaikan tidak terlalu tinggi, kesannya sangat menyakitkan. Yalah, harga minyak naik sepuloh sen, harga barangan pengguna yang lain pun terjungkit-jungkit turut naik.Gula dan minyak masak naik dua puloh sen je, harga barangan lain pun turut gatal nak naik juga. Seolah-olah semua barangan pengguna yang lain ni menunggu-nunggu je petrol, gula dan barangan utama ni naik agar mereka ada alasan kukuh untuk menumpang naik. 
Pasti, yang sakitnya adalah kita. Ada ibu bapa yang terpaksa menyimpan kereta di rumah dan menaiki kenderaan awam. Ada yang berkongsi kereta ke pejabat. Ada yang terpaksa memberhentikan anak-anak daripada kelas tusyen.Ada yang terpaksa menukar menu makan harian kepada yang lebih murah dan ringkas (janji kenyang). Ada yang membawa bekal ke pejabat. Ada yang cuba-cuba memulakan bisnes kecil-kecilan bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Ada pasangan yang bertengkar lalu bercerai akibat tekanan hidup yang tidak mampu dibendung lagi.

Genggam tak tiris!                                                                                                               
“Kalau petrol naik lagi lepas ni, matilah aku,” kata kita. Kalau gula naik lagi tahun ni, habislah aku”,kata kita. “Kalau harga barang asyik naik dan naik, aku balek kampong menumpang rezeki mak ayah ajelah”. Kata kita. Seolah-olah kita sudah tidak nampak lagi pintu keluar daripada kegawatan ini. Semua perbelanjaan bulanan sudah sampai ke siling. Ikatan di perut sudah sampai tahap maksimum!! Kalau dulu lima enam puloh sen tercicir pun tak kisah, sekarang satu sen pun digenggam tak tiris!.

Bawa bekal masakan isteri lagi bagus!
Buang masa aje stress!                                                                                                     
Sebenarnya, kalau kita berfikiran begitu, baiklah kita gali kubur sekarang. Cuba bayangkan harga miyak naik lagi dengan mendadak diikuti dengan kenaikan harga barangan harian. Agaknya kita mati atau tidak? Mungkin  gila ? Mungkin stress atau kemurungan jiwa? Buang masa saja kita stres atau murung jiwa tak tentu hala. 
Memang perkara ini menimbulkan masalah besar kepada kita, tetapi adakah stres dan marah-marah ini boleh menyelesaikan masalah? Adakah stres ini mampu menurunkan semula harga minyak dan barangan harian dan membuat masalah lari jauh-jauh daripada kita?
Perkara yang pasti, stress dan tension akan menyebabkan masalah sedia ada bertambah parah. Jadi apakah yang patut kita buat sekarang? Apakah yang harus kita lakukan bagi melepasi segala kegawatan ini? Yang pastinya ujian berat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang mendadak membuatkan kita terus berfikir dan berusaha mencari jalan keluar bagaikan tikus kelemasan. Apatah lagi kita sebagai orang Islam yang yakin setiap ujian hidup itu datang dari Allah. Putus asa dan menyerah kalah bukan sifat mukmin seperti kita
Relax arr….                                                                                                                                
Mari kita nikmati segala kesengsaraan ini. Mari kita terima denga senyum tetamu yang tidak diundang ini. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya situasi sukar ini. Mari kita positifkan semua yang kita katakan ‘bencana’ ini. Apabila kita mengubah fikiran kita tentang semua situasi buruk ini, kita akan mendapat manfaatnya.
Apabila kita tukar perkataan sakit, susah, sukar, derita dan gagal kepada senang, boleh saja, orait, tidak ada hal dan sebagainya, kita pasti akan dapat melepasi kesukaran-kesukaran ini. Yang penting bukan APA yang terjadi kepada kita, tetapi BAGAIMANA kita berfikir tentang apa yang akan terjadi kepada kita.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.