Rabu, Oktober 24, 2012

Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami

Semakin lama berkahwin, orang lelaki selalunya jadi semakin pendiam (kerana tanggungjawab semakin berat dan anak-anak bertambah ramai), manakala perempuan menjadi semakin bising, becok dan peleter (terhadap anak-anak yang semakin bertambah dan membesar). Betul ke statement ni ? Mari kita tengok.

Alkisah seorang lelaki (suami) ni bila tak banyak bercakap, bukanlah bermakna tak banyak keinginannya. Banyaaaaaak! Cuma dia tak bicara dengan mulut. Bicaranya melalui body language ke, isyarat mata ke atau macam-macam isyarat lagilah. Kalau isterinya boleh baca isyarat tu, ada peluanglah hajatnya tercapai. Tapi kalau isteri ‘tak sekolah’ dan tak reti baca isyarat tu, maka isyarat hanya tinggal isyarat ajelah. Suami pun mati beranganlah jawabnya...

Umumnya orang jantan kita tak pandai pamer emosi dan perasaan pada isteri. Betul tak? Kalau tanya saya, tentu jawapannya betul sangat-sangat! Suruh sebut perkataan lain okey, tapi jangan suruh sebut ‘Love you so much’ atau ‘I miss you’...eiii, getik betul rasanya. Jadi, orang perempuan yang dapat suami macam tu, cuba-cubalah belajar tengok-tengok lenggok badan dia ke, kerut kening atau gerak misai dia ke. Tentu ada signal-signal yang boleh dibaca dan diambil tindakan lanjut.

Berlatih bercakap!

Lagi satu perkara, orang lelaki ni udah ler tak reti pamer emosi, bila cakap dengan isteri macam cakap denga tunggul. Straight aje. Tak pandai nak berintonasi langsung. Waktu sebelum kahwin dulu, pandai pula dia bermain dengan kata-kata. Cukup indah dengan bunga-bunga....ada awan larat lagi. Isyy....isyy...tak faham saya. 

Nasib awaklah wahai isteri! Dahlah cakap straight forward, hati isteri yang terguris tu, tak pandai pula dia nak memujuk atau minta maaf. Sebenarnya bukan tak nak ucap ‘I’m sorry’ tapi tak terkeluar ayat tu dari mulut. Mulut mungkin tak ucap, tapi tetiba dia belikan aiskrim kun saiz besar untuk awak. Itu maknanya dia nak minta maaflah tuuu....

Kemudian , lelaki ni pula lain fesyen sikit berbanding perempuan. Kalau diajukan tiga patah perkataan punya soalan, orang perempuan boleh jawab sampai tiga helai kertas kajang. Tapi tiga lori kertas kajang punya soalan, orang lelaki boleh jawab dengan tiga patah perkataan sahaja. Hebat, kan? Itulah suami namanya (psst...soalan daripada isteri aje tau, soalan perempuan lain dia boleh jawab panjanggg....termasuklah jawapan yang tidak perlu soalan).

Pada waktu lain, ada juga soalan isteri sikit pun tak dijawabnya. Dia buat kering aje. Eiii...rasa-rasa nak tunjal aje dahi dia. Nasib baiklah dia tu suami, terpaksalah isteri hormat.

Bukan si suami tu tak nak jawab sebenarnya. Cuma dia rasa soalan itu mungkin tidak perlu dijawab atau jawapannya tersembunyi dalam soalan sebelumnya atau isteri silap pilih waktu untuk menyoal. Tak patutlah waktu suami tengah bergelut dalam traffic jam, isteri tanya suami itu dan ini. Tak patut, tak patut tu!

Lagi satu, kelemahan orang lelaki ni bukan pada mulut saja. Telinga pun tak boleh pakai juga! Penuh ‘XXX’! Nak suruh dia jadi pendengar yang baik? Minta maaf ajelah. Dia dengar, bukan tak dengar cakap isteri. Tapi entahlah, telinga ke lain, mata ke lain. Tension orang perempuan dibuatnya, kan? Tapi itulah lelaki namanya.
Itulah suami namanya (psst....kalau perempuan lain bertanya, penuh perhatian dia berikan). Hmm...nasib awaklah wahai isteri!

Tapi, ada satu rahsia lagi nak nagi tau. Di sebalik 1001 cacat fizikal suami itu, selagi rumah tangganya okey, tenang dan harmoni, itu maknanya dia sayaaaaaanglah kat awak! Kira okeylah tu.

Isteri: Saya cintakan awak
Suami: Apa?? awak sudah gila ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.