Isnin, Oktober 15, 2012

‘Servis’ Diri di Bengkel Ramadan


(Artikel Ramadan)
Yang longgar diketatkan...                                                                                               
Kereta kita sama ada rosak atau tidak, kenalah dibawa masuk kebengkel pada waktu-waktu tertentu untuk diservis. Mengikut buku manual yang disertakan bersama pembelian kereta itu, setiap puluhan ribu kilometer memandu, kereta mesti dihantar ke pusat auto yang sah untuk diservis. Bahagian yang longgar patut diketatkan. Bahagian yang patut ditukar mesti ditukar. Bahagian yang patut dibaiki mesti dibaiki. Bahagian yang sudah sampai tarikh luput mesti diganti.  

Kalau kita pakai kereta TOYOTA, janganlah pergi ke pusat servis PROTON. Buku manual untuk Toyota Vios tidak boleh dipakai untuk Honda Civic walaupun kedua-duanya bernama kereta dan guna empat tayar. Pendek kata kenderaan jenis apa pun, apabila patut hantar servis, mesti diservis. Barulah jangka hayat kereta lebih panjang dan pemanduan akan lebih selamat.
Kita dan kereta sama jer..                                                                                                
Tubuh badan kita pun macam itu jugak. Wajib diservis apabila sampai tempohnya.Bulan Ramadan adalah waktunya.Diservis sebulan penuh. Tidak boleh kurang walau sehari pun kecuali kepada pesakit bulanan (sakit tu sakit juga, tapi perlu diganti). Selama sebulan itu, batang tubuh kita diservis, dipulihkan dan dibaiki luar dan dalam macam kereta. 
Tidak boleh makan minum, tidak boleh terlajak cakap dan tidak boleh melampaui batas.Tuntutan puasa bukan sekadar mengikat perut, tetapi juga mengikat mata ,telinga, mulut dan seluruh pancaindera. Pendek kata banyak benda yang dibolehkan pada bulan lain tidak dibolehkan pada bulan puasa. Kalau langgar juga pantang larang tu, markah puasa akan dipotong. Lebih berat kes, markah mungkin ‘sifar’ dan dikenakan tindakan penalti iaiu kena ganti puasa pada bulan lain.
Potong markah!!                                                                                                           
Selama sebulan ni, Allah minta kita buat beberapa perkara bagi mencapai kesempurnaan diri. Digalakkan bersahur ketika menghampiri waktu subuh. Digalakkan melakukan berbagai bermacam amalan sunat. Tasbih dan istighfar diperbanyakkan, selawat dan tadarus al-quran digiatkan, sedekah dan kebajikan diperhebatkan. Mengekang nafsu makan dan minum sehingga maghrib. Kalau sengaja lewat berbuka, markah puasa dipotong. Berbuka digalakkan dengan buah-buahan dan air kosong dahulu, supaya perut tidak terkejut.
Pendek kata, jika selama sebulan ini dipenuhi dengan ibadah yang bersungguh-sungguh pasti jiwa kita jadi kuat dan mantap. Orang yang bersungguh-sungguh menghayati bengkel Ramadan ini akan keluar sebagai orang yang hebat, seperti kereta yang baru diservis.

Sudah servis iman anda?
Maaf, anda GAGAL!                                                                                                         
Bagi mencapai tahap hebat lahir dan batin ini kenalah kita ikuti ‘buku manual’ yang Allah sudah tetapkan. Dia yang mencipta kita maka Dialah yang arif apa yang terbaik untuk kita. Kalau Dia kata masuk bengkel Ramadan ni sangat baik bagi pemantapan jiwa, maka pastilah ianya solusi terbaik buat diri kita. 
Janganlah kita memandai-mandai nak mencari kaedah-kaedah lain buatan manusia bagi mencapai kesempurnaan jiwa dengan menggangap ianya lebih glamor, lebih mudah,lebih praktikal dan lebih efektif. Kalau kita merasakan sedemikian, sedarlah bahawa kita adalah manusia paling bangang lagi bengong dibumi Tuhan ini.
Akhir pesan, hanya kereta yang lulus ujian servis sahaja yang layak dipandu pulang bagi merayakan Aidilfitri. Yang tidak lulus ujian servis, tidak layak BERAYA!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.