Selasa, Oktober 09, 2012

Penangkal Segala Penyakit


Anda mahu terhapus segala dosa?
Anda mahu menjadi orang bertaqwa?
Anda mahu berdiri sebaris bersama orang soleh dan ahli ibadah?
Anda mahu mendekatkan diri dengan Allah?
Anda mahu terpelihara dari maksiat?
Anda mahu masuk syurga dengan selamat?

Hmm......semuanya iklan  fasal akhirat jer. Tak ada ke iklan fasal dunia? Petua nak turunkan tekanan darah atau singkirkan penyakit dari badan ke?  Petua nak selesaikan hutang yang bertimbun-timbun ni ke? Petua nak mudah menghafal ke?
Ada, ada.Kita dapatkan iklan yang lain pulak!
IKLAN 1:
Petua menghilangkan dan membuang segala penyakit dari badan. Tanpa wang! Tanpa ubat!Dijamin berkesan! Tiada kesan sampingan! Pasti memuaskan! Jaminan wang tidak akan dikembalikan (sebab anda tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun!!)
IKLAN 2:
Anda seorang yang pelupa? Sukar mengigati apa yang dipelajari? Sukar menghafal? Dapatkan petua terhebat warisan sepanjang zaman. Terbukti berkesan!
Macam mana caranya?
Ikuti langkah-langkah berikut:
1.      Buat temu janji sekitar pukul tiga pagi sehingga subuh.
2.      Bangun tidur, bersihkan badan dan ambil wuduk.
3.      Lakukan solat malam seperti tahajud, witir, tasbih dan sebagainya.
4.      Berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah sebanyak-banyaknya.
5.      Istiqamah dalam melakukan solat-solat ini.

Iklan ini tidak bergerak!
Begitulah hebatnya kuasa solat malam. Pentingnya solat malam ini dapat dilihat pada maksud sabdaan  Rasulullah SAW.”Dua buah rakaat yang dilakukan seorang hamba  pada tengah malam adalah lebih baik baginya daripada dunia ini dan apa yang ada didalamnya. Dan seandainya aku tidak khuatir  memberatkan keatas umatku tentu aku mewajibkan kedua rakaat itu atas mereka”.
 Kalau kita mahu Allah membela kita sepanjang masa, mahu Allah lepaskan kita daripada masalah hidup, mahu dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, maka solat malam adalah antara jalannya. Sebabnya, melazimi solat malam adalah ciri-ciri orang bertakwa dan orang bertakwa pasti mendapat pembelaan Allah.
Oh, susah rupa-rupanya nak dapat segala benda yang hebat di dunia ini. Kena bangun tengah malam pada saat orang lain sedang  berdengkur di buai mimpi. Kena bersejuk-sejuk berwuduk saat orang lain lena berselimut tebal. Kena tinggalkan tilam empuk dan teman sekatil .Ohh, susah, susah! Rasa-rasanya lebih baik aku perhabis duit cari ubat dan rawatan doktor atau bomoh hingga kehujung dunia untuk hilangkan penyakit aku ni!.....
Umumnya begitulah kita.Ghairah mengejar keuntungan dan ganjaran dunia yang boleh dicapai segera (walaupun harus dibayar mahal), tapi keuntungan akhirat walau sebesar macam mana sekalipun  (dan tak susah manapun nak dapatkannya)  tetap kita anggap susah dan buat tak kisah.....
Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal daripada tubuh.” (Riwayat Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.