Isnin, Oktober 08, 2012

Solat Tahap Tadika


Alaa, batal pulakk.....                                                                                                       
Pernah tak kita rasa begitu menderita apabila terpaksa mengulangi solat kerana wuduk terbatal?. Pernah tak kita rasa menderita apabila sedar sebaik selesai solat didapati kain kita berlubang menampakkan aurat, dan kena ulang solat semula?.Pernah tak kita  rasa menderita apabila suami tersentuh kita sedangkan kita sudah bersiap hendak solat. Hmm, terasa azab dan menderita sungguh hendak berwuduk dan solat semula kan?
 Aduhh, azabnya Ya Allah!                                                                                          
Mengapa terasa azab dan menderita apabila terpaksa mengulangi solat yang terbatal? Adakah kerana kita tidak terasa indah dan seronok bersolat? Mungkin itulah sebabnya. Solat disurau atau didepan orang ramai boleh kita solat lama-lama, siap solat sunat qabliah dan ba’diah sekali. 
Tapi kalau solat bersendirian dirumah rasa nak cepat sahaja habis. Mana yang boleh buat short-cut, kita buat short-cut. Buat yang rukun saja. Itu pun solat pakai sistem ekspres tanpa tamakninah atau macam ayam mematuk makanan ! Selesai salam terus bangun tanpa sempat berdoa. Sesetengah tu berdoa, “Ya Allah yang Maha Mengetahui, doa aku hari ini sama saja dengan doa aku yang semalam. Kabulkanlah, ya Allah. Amin.”
Kadang-kadang dalam solat lagi dah bersusun kerja-kerja urgent yang  nak disiapkan menyebabkan kita memantaskan kelajuan solat yang sudah sedia ekspres. Bijak sungguh syaitan menipu kita. Selesai solat, kita entah kemana, kerja urgent entah kemana.
 Syaitan dan Nafsu tumpang sekaki                                                                                 
Rasa-rasanya adakah Allah terima ibadah solat yang macam tu? Jom kita buat semakan terhadap ibadah solat kita. Berapa ramai di kalangan kita yang melazimkan solat pada awal waktu? (tentu ada yang berkata, “Alaa … lewat-lewat pun semayang juga”). Berapa ramai di kalangan kita yang melazimkan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardu? (tentu ada yang berbisik dihati, “Alaa … orang lain langsung tak semayang, lagi teruk!”). 
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menjaga khusuk dalam solat ? (nanti syaitan tolong jawab untuk kita, “Alaa … tak khusuk pun solat sah juga”). Berapa ramai yang faham makna bacaan al-fatihah? (“Alaa, yang penting boleh baca dengan lancar”....bisik syaitan lagi). Berapa ramai yang faham makna setiap bacaan dalam solat; bacaan ketika rukuk, sujud, atau ketika duduk tahiyat? (kena faham ke?) Berapa ramai yang sudah habis mengaji kitab fikah bab bersuci, wuduk dan solat yang biasa di buat di surau dan masjid? (“Alaa, masa disekolah tadika dan sekolah rendah dulu cikgu dah ajar.Dah faham dah. Kira okey ler tu”!...nafsu pula menyampuk).

Tak kira kita berada di mana pun
Jom ‘bertumbuk dengan anak-anak!’                                                                          
Begitulah sikap kita tentang solat yang kita akui sebagai tiang agama. Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Betapa cuai dan main-mainnya kita terhadap ibadah solat. Bayangkan, usia kita sudah semakin sampai ke penghujung, tapi kualiti solat kita masih macam budak tadika. 
Cuba sesekali kita buat ujian teori dan praktikal solat berlawan dengan anak-anak tadika atau anak-anak yang belum baligh.Tengok siapa lebih baik. Silap haribulan, mungkin kalah teruk kita.Teringat aku pada tajuk siri game show kat TV yang bertajuk ‘Are You Smarter Than A 5th Grader?’. Kalau kalah dalam ujian  sains atau geografi dengan budak-budak kecil tu okay lah lagi, tapi kalau kalah dalam ujian solat yang kita buat hari-hari, aduhhh.......malu malu.
Akhir kata, wajar lah diingat bahawa  soalan yang mula-mula akan ditanya di akhirat nanti adalah mengenai solat. Kalau lulus persoalan solat, maka persoalan ibadah lain tu kira mudah la nak jawab. Tapi kalau persoalan solat pun kantoi, … hmm, susah mahu cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.