Selasa, Oktober 09, 2012

Syukur


Rasulullah adalah abdan syakuura, Beliau pernah berpesan kepada Muadz bin Jabal: "Hai Muadz, demi Allah sesungguhnya aku amat menyayangimu". Beliau melanjutkan sabdanya, "Wahai Muadz, aku berpesan, janganlah kamu tinggalkan pada tiap-tiap sehabis solat untuk berdoa; “Ya Allah, ajari aku ingat kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu".
 Senangnya sebut syukur                                                                                          
“Alhamdulillah, syukurrr”. Begitulah yang selalu kita dengar bila orang nak melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang Allah beri. Orang baik sebut syukur dan orang jahat pun sebut syukur. Sebut syukur memang senang, tetapi berapa ramai daripada kita yang betul-betul bersyukur? Semasa kita hendakkan sesuatu, begitu bersungguh-sungguh kita berusaha dan panjatkan doa kepada Allah supaya diperkenankan kehendak kita tu. 
Malangnya, apabila sudah tertunai hajat, ramai pula yang lupakan Allah.Lupakan kain pelikat dan telekung. Lupakan sejadah dan naskah al-Quran. Pendek kata lupa hendak bersyukur. Ada juga yang bersyukur tetapi sekejap sahaja. Apabila sibuk, doa entah ke mana, syukur jauh sekali. Lebih tragis, sebut syukur berkali-kali, solat jarang sekali...

"Ya Allah, berikan daku seekor ikan yang sedap"
Isteri cantik pun susah hati juga?                                                                                        
Harta kekayaan tidak bererti kalau jiwa miskin. Demikian juga jika rumah lapang tidak bererti  jika hati sempit. Berilmu pengetahuan tidak bernilai jika berpekerti buruk. Berpangkat tinggi tidak berguna jika hidup dalam kebencian orang. 
Beristeri cantik (atau bersuami macho) tidak bermakna jika hati sering susah gundah gulana. Harta bertimbun-timbun tidak bernilai jika sakit selalu dtang bertimpa-timpa. Paling teruk, semua kekayaan yang kita punyai tidak membawa apa-apa erti jika kita tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Ingat, setiap sesuatu yang kita miliki sebenarnya bukan milik kita pun. Ianya dipinjam oleh Allah sahaja.
Tanda-tanda kebahagiaan
a.       Apabila bertambah ilmunya, bertambah pula rasa syukurnya.
b.      Apabila bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut kepada Allah.
c.       Apabila bertambah umurnya, beransur kurang cinta dan  tamaknya pada dunia.
d.      Apabila bertambah hartanya, bertambah pula pemurahnya.
e.       Apabila bertambah pangkat dan kedudukan, bertambah dekat dengan orang bawahannya.

Kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan.
Kesenangan jiwa terletak pada sedikit berbuat buruk.
Kesenangan hati terletak pada sedikit kepentingan.
Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan-bukan.
Kesenangan nikmat adalah apabila kita pandai bersyukur.

Jika Allah mahu mendidik manusia, maka diturunnya kesusahan dan kemudaratan. Maka bersyukurlah jika kita ditimpa kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat kepada kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar syukur adalah nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita. Jika tidak, kita pasti tidak tahu bersyukur. Kesimpulannya, syukur adalah milik Allah dan bukan milik kita.
Jangan mengeluh jika tidak mempunyai kasut, sedangkan ada orang yang tidak mempunyai kaki.
Jangan bersedih kerana elektrik dirumahmu dipotong, sedangkan ada orang yang tiada rumah.
Jangan mengeluh kerana bersesak-sesak dijalan raya untuk ke tempat kerja, sedangkan ada orang yang menganggur tiada kerja.
Jangan bersedih dengan kekurangan atau kelemahan pasangan kita, sedangkan ada orang yang belum mempunyai pasangan.

BERSYUKURLAH!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.