Khamis, Januari 31, 2013

Suami-Suami Hebat Akhir Zaman


UNTUK kali yang kesekiannya, aku terus mengakui kelemahan dan kekurangan diri bahawa aku tak expert langsung untuk menulis SKETSA RUMAH TANGGA dalam Anis bulan ni. Berat dan tak pernah ringan. Susah dan tak pernah senang. Letih kepala otak aku nak mencungkil idea-idea segar dan bernas secara santai dan relak buat tatapan pembaca Anis sekalian. Kadang-kadang jealous jugak tengok penulis-penulis dan editor buat artikel. Tup tap tup tap duduk depan komputer atau notebook, sekejap aje dah siap dan boleh deliver. Yang aku nie jenuh berpusing-pusing, berguling-guling dan berpintal-pintal memerah otak, sehari, dua hari, tiga hari dan empat hari – baru siap. Malang betul!!!!

KALI ini seperti biasa, artikel-artikel untuk Fokus dan artikel untuk ruangan Kemudi Hati tulisan Ustaz Pahrol siap lebih awal dari SKETSA aku. So, sempat la aku membelek dan menenggelamkan diri aku dalam artikel mereka. Kisah rumah tangga Rasulullah. Aku baca sekali, dua kali dan tiga kali – memang takde ayat nak menggambarkan kesempurnaan rumah tangga Rasulullah. Apatah lagi nak dibandingkan dengan rumah tangga aku, rumah tangga muslim akhir zaman ni.

BAYANGKAN, jika ada suami-suami di akhir zaman ni yang menjahit butang baju sendiri walaupun isteri bersedia dan mampu buat. Bayangkan jika ada suami-suami yang tak pernah meminta makanan kat dapur dari isterinya dan tak kisah langsung apa yang isteri nak hidangkan. Bayangkan ada suami yang rela hati menolong isteri mengemas rumah, menukar lampin anak dan tukar cover kusyen dan melakukan berbagai-bagai kerja milik orang perempuan dengan penuh rela – wow, tentu hebat sekali orang ini. One in a thousand atau million barangkali. Apa tidaknya, perempuan yang boleh melakukan kerja lelaki, banyak. Lelaki yang boleh melakukan kerja orang perempuan, susah nak cari.

Memang tak dapat nak bayang


BAGI wanita yang memiliki suami-suami hebat macam ni – bersyukurlah banyak-banyak. Di saat rakan-rakan kita yang lain mati akal nak menjinakkan suami yang payah nak lekat di rumah, di saat rakan-rakan kita yang lain payah nak menurunkan ego suami sebagai orang lelaki, di saat rakan-rakan kita yang lain payah nak mengajar suami cara-cara menukar lampin anak (tak nak ler tu), di saat rakan-rakan kita yang lain pusing kepala memahami selera makan suami yang bertukar-tukar, kita ni pulak senang-senang aje memiliki suami yang serbaserbi sempurna. Pendek kata memiliki pakej lengkap sebagai suami mithali lah.

TAPI masalahnya, tak ramai orang perempuankita ni yang tau bersyukur bila memiliki suami sebegini, malah mengambil peluang dan kesempatan di atas sifat suaminya. Apa tidaknya, tak suruh buat pun suami buat sendiri, apa lagilah kalau kita minta tolong dia buat, lagilah suami boleh buat. Umumnya orang lelaki ni selagi kita pandai menghargai kejujuran mereka, selagi itulah mereka boleh dan mampu meringankan tugas-tugas kita. Sama macam kita orang perempuan jugak lah. Pokok pangkalnya – penghargaan. So, hargailah kejujuran suami mithali anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.