Rabu, Februari 13, 2013

‘Melaburlah’ Demi Akhirat


Matlamat untuk anaknya jelas dan fokus. UPSR mesti 5A, PMR mesti 8A dan SPM mesti 9A sekurang-kurangnya, kalaupun tak mampu menawan 14A. Setiap jam hidup anaknya diisi – sekolah, latihan, tuisyen, belajar, ulangkaji, latih tubi homework dan work,work!! Kepala otak anaknya dah dipahat:

5A?=5 Waktu solat
“Belajar Rajin-Rajin, nanti cerah masa depan.” Anak solat ke tak solat ke itu anak punya pasal, anak nak tutup aurat ke tak nak tutup ke itu tak penting. Soal anak nak menempuh gerbang baligh atau dah baligh itu remeh aje, soal belajar fardu ain, ahh, itu boleh dicari kemudian hari. Apa pentingnya bebudak tu nak perlu tau soal rukun Haji, jenis Haji atau sah batal Haji? Hingus pun meleleh lagi. Apa perlunya bebudak tu nak perlu faham pasal cara-cara nak menyucikan najis mutawassitah seperti darah, kencing atau air liur basi yang melekat di karpet tu? Apa pentingnya? “Ehh!penting tu kak.” Semua tu pernah disoal dalam PMR. Tak tau jawab cam mana nak score ‘A’ dalam subjek pendidikan Islam?”

“Oh! Gitu ke? Alamak kalau gitu akak akan pastikan dia belajar fardu ain betul-betul!! Er... yang terkandung dalam subjek Pendidikan Islam ajelah. Yang tak terkandung tu tak payah dulu.” Gitulah ceritanya. Selalunya apabila disebut Ibu Mithali terbayang kita seorang ibu (mungkin ibu tunggal) yang struggle membesar dan mengasuh anak-anaknya yang ramai hingga semuanya menjadi. Semua atau sebahagian besar berkelulusan Universiti dan semuanya berjawatan besar. Fuh! Sejuk perut emak melahirkan mereka.

Masa depan mereka cerah dan masa tua emak pun turut terbela. Itulah yang dinamakan Pelaburan Masa Tua. Hari ini kita bersusah payah melabur untuk pendidikan mereka dan di hari tua nanti, mereka akan membalas untuk kita. Soalnya, takde ke kita terfikir akan Pelaburan Masa Mati? Maksudnya kita labur untuk mereka di hari ini dan kita tuai hasilnya di Akhirat nanti! Bayangkan kita berjaya mendidik anak-anak menjadi manusia hebat dalam akademik dan hebat dalam agama, berguna untuk bangsa dan agama. Anak-anak soleh dan solehah ini tak henti-henti mendoakan kesejahteraan kita di alam barzakh nanti.

Mereka melakukan pelbagai amal bakti dan pahalanya mengalir bagaikan air untuk kita di kubur nanti, sedangkan kita memang sangat-sangat mengharapkan doa dan pahala dari mereka. Ya, ada ibubapa yang mendapat banyak talian hayat dari anak-anak buat ‘survival’ di alam kubur dan malangnya ada orang yang tidak mendapat sebarang talian hayat walaupun memiliki ramai anak-anak cemerlang di dunia tetapi kecundang dalam soal-soal agama. Harus diingat, anak-anak yang ‘gagal’ ini bukan saja akan membuatkan diri mereka sendiri menderita di akhirat, malah mereka juga akan membuatkan kita lebih sengsara dan menderita berlarutan di dalam kubur dan akhirat nanti. Pastinya, kalau di dunia ini kita menanam dan menyuburkan tanaman yang manis, maka di akhirat nanti, itulah buah yang akan kita tuai, tapi kalau tanaman pahit dan beracun yang kita suburi, di akhirat nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.