Jumaat, Mac 15, 2013

Si Kembar Pesta dan Nafsu



(Artikel ini untuk hari raya tahun ini)

Orang kita ni kalau pasal sambut raya atau perayaan atau pesta atau festival dan karnival
memang terer, memang hebat. Seronok sangat dan setiap benda yang berkaitan dengan pesta memang meriah.

Bulan Ramadan yang Allah mintak kita rehat sebulan dari `Pesta’ dan beri sepenuh perhatian pada ibadah puasa di siangnya dan Tarawih pada malamnya pun kita nak pestakan jugak.

Kalau berpesta dengan ibadah dan amal-amal kebajikan tu oklah jugak. Ni tidak. Berpesta makan, makan dan makan. Bayangkan ada di kalangan kita yang sanggup berhabis wang sampai RM80 – RM150 sekepala hanya untuk menikmati juadah berbuka di hotelhotel besar.

Kononnya nak kasi reward segera kerana berjaya menamatkan ibadah puasa sepanjang hari. Ya, bangganya dia kerana berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Agaknya nak tunggu reward (pahala) dari Allah cam lambat sangat (atau mungkin belum tentu dapat). So, bikin reward sendirilah. Puas hati aku (opps, puas nafsu aku!!).

Bercakap pasal nafsu ni pulak, aku rasa ianya memang sedara kembar siam dengan pesta. Tak boleh nak dipisah-pisahkan lagi. Kalau dipisahkan jugak, alamat ‘merana’lah badan.

Cuba kita tengok senarai panjang keperluan menyambut raya yang nak dan dah kita selesaikan. Biskut dan juadah raya dah siap? Sofa dan langsir raya dah berganti? Hiasan rumah dah bertukar? Dinding dah bercat? Baju kasut pak, mak dan anak-anak dah ready? Ish, macam-macamlah senarai panjang tuntutan nafsu yang harus (er... wajib sebenarnya) kita selesaikan menjelang pesta raya nanti.

Yelah, selama ni kita datang ke pesta, kita jadi pengunjung tapi kali ini kita jadi tuan rumah dan masing-masing boleh kunjung mengunjung ke tapak pesta (rumah) orang lain. Time tulah nafsu akan jadi penguasa atau raja dalam rumah kita. “Buat biskut ala kadar aje lah, raya ni meriahnya sehari dua aje”, kata hati. “Ohh, jangan-jangan!! nanti malu ditengok orang. Rumah orang lain biskut tak muat meja, takkan biskut kita 2 – 3 jenis jer?” jeritnafsu tak bersetuju. “Hiasan dinding tu kita pakai yang sedia ada sudahlah, kita cuci dan lap sikit nampaklah macam barang baru,” bisik hati. “Alaa, tak bestlah. Orang lain semuanya bertukar barang baru, hiasan baru, langsir sofa baru, perabut baru, kita seorang jer nak guna yang lama. Eii malu kat jiran,” protes sang nafsu. Hai, sungguh bagai dikata.

Baik rumah tuan besar atau tuan kecil, bila mari raya aje, rumah mesti tip top. Persiapan rumah tuan besar gaya tuan besarlah. Persiapan rumah tuan kecil pun gaya tuan besar jugak!! Tak mau mengalah. Itulah bahana penangan nafsu.

Maka 1 syawal pun datang. Pesta lagi kita. Bukan sehari dua, tapi 30 hari genap. Malah kadang-kadang sampai terbabas syawal masuk Zulkaidah pun kita masih sambut pesta raya lagi. Ya, atas nama mengeratkan ukhuwah dan siratulrahim, kita terus berpesta makan dan makan. Kadang-kadang terasa tidak lengkap pesta Syawal kita kalau tidak buat open house. Gitulah hebatnya kuasa pesta. Klik di sini untuk tip sketsa rumahtangga Hj Bad 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.