Rabu, April 17, 2013

Komik Godaan Syaitan Muncul di Pesta Buku Antarabangsa 2013


Pesta Buku Antarabangsa 2013 akan bermula beberapa hari sahaja lagi. Oleh itu saya penulis siri komik godaan syaitan mengajak pembaca di luar sana supaya mengunjungi booth Galeri Ilmu di H24-H29

Pada PBAKL 2013 kali ini seperti biasa, saya akan melayan kunjungan pembaca dan pembeli komik godaan syaitan. Jadi, kepada anda yang mempunyai anak kecil dan sedang meningkat dewasa boleh beli karya saya ini. Komik ini sarat dengan teladan dan cerita yang boleh membimbing anak-anak ke arah kebaikan. Di sana nanti kita boleh berkenalan dan berkongsi kisah.

Selain itu, kepada ibu bapa anda boleh dapatkan buku-buku berkenaan rencah rumahtangga seperti yang ada di bahagian tepi blog ini. Kepada pembaca majalah ANIS saya ucapkan terima kasih kerana terus setia dengan celoteh saya dalam ruangan sketsarumahtangga. Semoga coretan saya itu menjadi pahala dan menjemput pahala kepada yang membacanya.


Jangan lupa, dapatkan buku saya di Pesta Buku Antarabangsa 2013. Kita jumpa di sana.

Jom kita lihat salah seorang pembaca Pak Cik Bad yang suka sangat siri komik godaan syaitan.



Klik di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih membaca blog ini.

Menghargai anda sehingga bila-bila...

Jangan lupa jadi kawan saya di blog ini dan facebook.